Musnah Hanya Dengan Satu Click

Friday, September 23, 2016


Assalamaulaikum wbt.  Nasib baik hari masih cerah.  Nasib baik blog akak ni tak musnah semalam. Nyaris sudah!!! Gara-gara nak cepat. Satu click saja, boleh musnah harta ribu ribu dalam blog ni.  Macam ni ceritanya...

Semalam akak nak menceriakan lagi blog akak yang suam-suam kuku ni. Punye le semangat. Siap minta tolong sahabat lagi bantu mana yang patut. Oleh kerana kegembiraan melampau, apa yang diinginkan dah dapat, akak dah ter click delete admin atas nama sendiri. Lepas tu nak masuk balik dah tentulah takde dah di pandangan mata. Blog tinggal blog saja.....sedih korang tau tak!!  Kalau jadi beberapa tahun lepas memang akak tak heran lah. Tapi sejak dua tahun kebelakangan ini, memang akak aktifkan dah blog ni dan alhamdulillah viewer pun dah bertambah-tambah, job pun dah bertambah-tambah, kawan-kawan pun dah bertambah-tambah....kejadian semalam memang macam mimpi ngeri pulakkk...


musnah hanya dengan satu click; back up admin

Gambar google.

Mujurlah sebelum tu akak dah adminkan rakan bantu dalam blog ni. Maka dengan harapan yang menggunung tinggi, akak minta bantuan beliau. Alhamdulillah.....maka dapatlah semula blog kesayangan akak ni.  Semangat nak update entry. Sebagai peringatan untuk semua, kena ada juga back up admin untuk blog korang. Malang tak berbau. Kejadian yang tak disangka boleh berlaku. Sekarang ni dah letak back up admin untuk blog. Tak kisah la korang nak bagi kawan tolong back up ka, atau create satu lagi email untuk back up admin ka....yang pasti kena ada back up. Jenuh tau nak up balik sampai tahap ni kalau blog hilang tiba-tiba.....

Terima kasih kat SAYIDAHNAPISAH

You Might Also Like

3 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook