Assalamualaikum wbt.   Sunyi rumah sekarang ni. Biasa berlima, sekarang tinggal berempat. Kakak terpilih mengikuti kem kadet laut zon utara selama 4 hari.  Si abang memang dah tentunya ada kat asrama, tunggu hujung minggu ni baru balik.  Bila berkurang ahli rumah, mulalah kita rasa tercari-cari kelibat mereka.  Rasa macam kekurangan.  Sama rasanya masa mula-mula abang irfan masuk asrama dulu. Lama juga nak menyesuaikan diri.

Itulah yang orang tua kita rasa dulu bila anak-anak meningkat usia dan perlahan-lahan menguruskan hidup sendiri.  Sebab itulah kita perlu hargai setiap masa yang ada bersama anak-anak. Mereka cepat membesar.  Tau-tau dah sama tinggi dengan emak ayah.  Jangan terlalu sibuk dengan kerja sampaikan anak-anak terbiar sendiri sesama mereka.  


family bonding time , aktiviti bersama anak , masa bersama suami


Kalau boleh setiap kali nak ke mana-mana terutama yang perlu bermalam, akak nak bawa semua anak-anak dan en hubby bersama. Nak semua ada depan mata. Tapi tak mungkin kan...tiba masa mereka akan mencari arah mereka sendiri. 

Hujung minggu nanti ada cuti tambahan awal muharam, apa plan korang semua? Cuba libatkan semua ahli keluarga tau.  Akak pun tak confirm lagi tapi hujung minggu ni semua anak-anak ada di rumah. Mesti meriah......

0 Comments