Assalamulaikum wbt.  Sekejap saja rasanya berlalu sudah cuti sekolah seminggu.  Hari ini masing-masing dah kembali kepada rutin asal sebagai pelajar dan pekerja.  Kena kembali bersemangat.  Berkisah tentang cuti sekolah baru-baru ni, ramai yang bertanya..akak tak kemana-manakah bercuti dengan family? Hehe...tak gi mana pun dik....santai-santai kat rumah aje.  Banyak juga kerja yang boleh diselesaikan. Lagipun cuti tak banyak dah, nak spare hujung tahun yang biasanya penuh dengan urusan persiapan sekolah anak-anak. Tambahan pula ketiga-tiga anak akak akan menghadapi peperiksaan besar.

Cuti Sekolah dah Jalan-jalan


Cuti sekolah memang biasanya akan berkait rapat dengan aktiviti jalan-jalan sekeluarga. Satu ketika dulu memang seronok, tapi sekarang ni cuti sekolah je jalan jem merata-rata.  Rasanya dok rumah lagi tenang daripada melalui kesesakan lalulintas.  Biasanya cuti sekolah ni lebih kepada menyediakan aktiviti bersama dengan anak-anak. Bergantung kepada peringkat umur masing-masing. Memenuhi masa luang anak-anak kecil lebih mudah daripada anak-anak meningkat remaja ni. Kena ada toleransi, kalau tak masing-masing dengan handphone dan tv.  Penggunaan gadget kena ada pemantauan. 

Kali ini cuti anak-anak dipenuhi dengan pelbagai aktiviti santai aje.  Week end kena follow ibu ayah pergi jemputan kenduri kahwin.  Selain daripada dapat merasa lauk pauk kenduri, dapat juga mengeratkan ukhwah antara keluarga. Sekurang-kurangnya kawan-kawan kenallah anak-anak kita dan kita pun kenal jugak anak-anak kawan-kawan dan pasangan masing-masing. Bertambah kenalan jauh dan dekat.  

Petang-petang, boleh juga ibu join anak-anak bermain badminton di hadapan rumah.  Seronok juga sambil-sambil boleh keluar peluh jantan betina.  Biasanya bila cuti sekolah dan akak pun cuti, masakan dah siap awal ataupun masak sekali tapi kuantiti banyak so bolehlah ulang-ulang makan.  Bila habuan perut dah siap, bolehlah mak ikut bersantai dengan anak-anak.  Kalau terlebih rajin tolong-tolong juga si ayah berkebun. Kebun kecil sekangkang kera di tepi rumah. 


Cuti berlalu dengan pantas; cuti sekolah


Dalam seminggu cuti ni, berkesempatan juga keluar jalan-jalan cari makan dengan family.  Kat Penang mana lagi kalau tak pergi mencuba nasi kandar. Tak boleh selalu, sesekali boleh lah sekadar melepas rasa.  Yang suka sangat makan nasi kandar ni geng lelaki kat rumah la. Akak ok je.....tak makan nasi kandar ayam tandoori pun cukup memadai.  


Cuti berlalu dengan pantas; cuti sekolah


Akak pun kenalah lebih rajin menghabiskan masa di dapur.  Macam-macam eksperimentasi masakan dibuat. Hahaha...mujur en hubby rajin menolong. Bila semua berkumpul, memang masak apapun sekejap je habis.  Riuh di meja makan. Masa nilah ambil peluang bercerita kisah lama-lama dengan anak-anak.

Cuti bukan sepenuhnya bercuti pun. Ada juga permintaan pelanggan tetap yang perlu dipenuhi.  En hubby kan ada buat jualan kambing perap dan madu kelulut.  Masa cuti nilah nak layan lebih sedikit order pelanggan sebab ramai pembantu boleh sumbang tenaga. Di samping itu, sekarang ni sedang menimba ilmu dalam penanaman pokok tin. Walaupun baru dah ada pulak permintaan nak membeli anak pokok hasil tut yang en hubby buat. Rezeki ada di mana-mana.....

Sebelum abang irfan kembali ke asrama dan sebelum yang lain-lain sibuk kembali ke sekolah, sempatlah juga meluang masa melontar bola bowling bersama anak-anak. Lepas berbowling, singgah sebentar di kedai buku.  Pilih, pilih buku yang sesuai..akak ok je sebab nanti boleh claim rebat cukai kan....

Cuti-cuti jugak, tak sangka pulak akak beberapa barang untuk di  review sampai kat rumah.  Kerja cuti, blog tetap jalan. Santapan hobi akak. Anak-anak dan en hubby pun dah faham. Seronoknya mereka kali ni dapat 2 set buku menarik. Alhamdulillah terpilih untuk review buku-buku tersebut.  Bertambah sibuk akak sekarang ni....
Siapa kata cuti sekolah perlu bercuti jauh-jauh? Okay je duduk kat rumah pun asalkan korang pandai menyusun aktiviti yang sesuai untuk anak-anak. Selain jimat duit, jimat juga tenaga nak mengemas baju-baju selepas pulang bercuti.

Bila sekembali dari sekolah abang irfan, hmmmm terasa sunyi pula. Kembali tidak lengkap. Rutin harian pun bermula.......tak sabar pula nak tunggu cuti panjang akan datang....

0 Comments