Bila Dah Terlebih Manja

Monday, September 26, 2016


Assalamualaikum wbt.  Akak pernah cerita pasal ahli keluarga baru kami  KAT SINI , 2 ekor kucing biasa.  Tapi sekarang ni dah tinggal sekor je sebab sekor lagi dah kena gilis oleh En Hubby.  Trajis sungguh.  Kejadian sebulan lepas, kat rumah sendiri.  Memang dah agak satu hari nanti kucing tu akan mati terlenyek dek tayar kereta, suka sangat merehatkan diri di tepi, belakang, depan tayar kereta.  Bila dihalau elok je keluar tapi dalam kita nak masuk kereta, dia pun pi lepak balik belakang tayar. Dan en hubby tak sedar terus keluar sambil bunyikan hon. Tapi dah ajal dia.  Tinggalkan si hitam putih ni kat rumah. Kesian jugak mulanya, macam tak de mood, makan tak lalu dok keliling rumah cari partner. Partner berkejaran dan takde.


Bila Dah Terlebih Manja; kucing saya

Mencari kawan di mana menghilang. 

Sejak tinggal sekor ni, memang manja tahap tak ingat dah.  Kalau dulu masa berdua, memang kami tak benarkan tidur dalam rumah. Masuk lepak baring-baringpun ada waktu-waktu yang dibenarkan.  Tapi lepas tinggal sendiri, boleh dikatakan 3/4 masa dia dok dalam rumah kecuali waktu kami takde kat rumah ataupun lepas waktu makan dia, memang kena duduk luar.  Malam pun dah masuk tidur dalam rumah.  Kesian punye pasal.  Kat luar pun selalu kena kejar dengan kucing jiran-jiran.


Bila Dah Terlebih Manja; kucing saya

Inilah penggemar durian kat rumah ni.Boleh baca kisah PEMINAT DURIAN


Semakin hari semakin manja. Sampaikan bila akak buka pintu kereta, dia pun melompat masuk. Tak tahulah kenapa nak bermanja-manja dengan akak ni sebab akak selalu marah-marah kat dia. Yang rajin layan hanyalah Amira sorang. Dzakwan rajin juga tapi rajin buli.  Bila masuk kereta tu dah standby siap duduk atas dashboard. Pernahlah juga beberapa kali akak bawa ronda-ronda pergi sekolah Amira, itu yang seronok agaknya dapat tengok dunia luar.

Bila Dah Terlebih Manja; kucing saya

Lokasi yang paling diminati. Daripada mula masuk sampai balik, tak berginjak dari tempat tu.

Bila Dah Terlebih Manja; kucing saya

Baru lepas kena marah, merajuk terus tidur tepi katil dengan harapan ada yang memujuk Takde le akak layan, biar kan aje dia...


Kalau masuk bilik akak, nanti buat muka kesian baring tepi katil.  Yang ni masih belum dapat kelulusan lagi, kalau nak tidur dia kena follow Amira. Istimewanya kucing ni, waktu tidur dia pun dah ikut waktu tidur manusia.  Asal jam 10 malam je dia lompat panjat katil.  Kalau masih diluar, riuh rendah bunyi sambil cakar-cakar pintu.  Itulah jadinya bila dah terlebih manja.  Akak memang tak berapa nak manja-manjakan kucing ni. Masalah bila nak balik kampung atau perjalanan yang perlu bermalam. Tapi sebab kesian kan anak-anak nak ada `pet' sendiri...layankan jugakla....

You Might Also Like

1 comments

  1. dia tak ada kawan kot. tu yg manja terlebih tuu. dia nak kawan main.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook