Assalamualaikum wbt.  Bila badan rasa kurang sihat, mesti teringin nak makan lauk yang ada unsur-unsur berkuah. Selalunya yang menjadi pilihan ialah sup. Tak kiralah sup ayam, daging, tulang ataupun ikan. Yang penting nak makan panas-panas. Kalau akak yang nak makan, pastinya akan dimasukkan sedikit lada hitam supaya supnya rasa lebih sedap. Tapi kalau yang tak sihatnya anak-anak, bawang goreng pun dah memadai. Lada hitam sekadar diletakkan sedikit sahaja.

Cerita pasal sup ni, hari tu akak ada buat sup kepala ikan jenahak. Mula-mula dulu memasak sup kepala ikan ni, akak fail sikit. Rasanya tak berapa ummpph. Tapi kena rajin mencuba...hehe... Kalau korang nak tahu, untuk lebih mengenakkan sup kepala ikan ni, cuba masukkan sedikit kicap cair, dan lebih daun sup bercampur dengan daun bawang. Semasa menumis, kalau boleh tumiskan sekali pangkal daun sup yang telah dibasuh bersih. Supaya lebih khasiat yang ada dalam sup tersebut, masukkan juga potongan batang saderi dan juga cendawan atau lobak putih. Rasa sup akan lebih sedap. Cukup sekadar hidangkan sup dan nasi putih. Orang panggil pun tak dengar bila tengah makan.....



sup kepala ikan

Semangkuk macam ni akak ratah aje. Masukkan sesenduk nasi dalam sup ni dan makan sambil hirup sup. Serius......memang sedap. Untuk akak, ada tambahan cili padi kat situ. Untuk anak-anak takde la cili padi tu...kesian pulak diaorang nanti.  Resepi penuh..tak payahlah....buat sup je punnnn. Yang penting korang cuba masukkan bahan-bahan tambahan yang akak bagitau ni..dah cuba rasa perbezaannya.....

3 Comments

  1. letak nasi dlm mangkuk pastu buh sup penuh dalam mangkuk tu... fuh sedap tu..

    ReplyDelete
  2. nyum3.... nnt nk try buat jugak.. nk jga badan skrg

    ReplyDelete