Assalamualaikum wbt.  Tak lama lagi sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 59 tiba.  Sekarang ni dah mula tersiar rancangan-rancangan yang berunsur sejarah di tv dan kisah-kisah sejarah mula dipaparkan di akhbar-akhbar. Keterujaan untuk menyambut Hari Kemerdekaan Negera. Setiap negeri dah mula menjalankan latihan dan rehearsal kawad merdeka.  Tak pernah join pun tapi suka tengok pasukan kawad, tambah-tambah lagi kalau ada pancaragam yang turut serta.

Tahun ni rasa teruja lebih sikit. Walaupun akak tak berkesempatan turut serta dalam program ni tapi teruja jugak. Program bersama PIBG sekolah abang Irfan dengan pelajar dan guru-guru. Mencipta sejarah membuat Jalur Gemilang sepanjang 100 meter. Bermula daripada kain kosong sehingga tergantung Jalur Gemilang di pagar luar sekolah. Wahhh....akak tumpang bangga!!

Penglibatan ibubapa, pelajar dan guru-guru amat memberangsangkan.  Seronok tengok bermula daripada mula idea tercetus, penyebaran info, penyediaan bahan sehinggalah hari menyediakan Jalur Gemilang.  Terkilan jugak sebab tak dapat turut serta. Akak rasa ukhwah ibubapa di sekolah ni agak kuat juga, sebab tu kalau tak turut serta dalam mana-mana program rasa macam rugi pulak.  



Sejarah Tercipta - Jalur Gemilang Sepanjang 100 Meter

Hari kejadian. Kain putih sepanjang 100 meter sedang diserikan dengan warna-warna merah, biru, kuning. Kata Tuan Pengetua, hanya 35 minit masa yang diambil oleh guru-guru, ibu bapa dan 200 orang pelajar untuk menyiapkan Jalur Gemilang ini.

Sejarah Tercipta - Jalur Gemilang Sepanjang 100 Meter

Terpancar riak gembira di kalangan anak-anak ini. Seronok sangat!! Abang Irfan pun sangat-sangat excited bercerita tentang ini. Huhu...akak pun excited jugak!!


Sejarah Tercipta - Jalur Gemilang Sepanjang 100 Meter

Siap sudah!! Sebelum direntangkan di pagar sekolah, mereka sama-sama membawa Jalur Gemilang ini. Semangat sungguh anak-anak ini semasa tengok video mereka sambil menyanyi lagi.  


Sejarah Tercipta - Jalur Gemilang Sepanjang 100 Meter


Kisah mereka juga mendapat tempat di akhbar-akhbar utama seperti NST, Harian Metro, The Star dan Berita Harian.  Tahniah pihak sekolah dan PIBG yang berjaya mewujudkan semangat patriotik di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin.

* Terima kasih pada penyumbang foto. Foto-foto ini diambil daripada group FB PIBG sekolah.


0 Comments