Sakitnya Bila Ditikam Dari Belakang

Monday, August 15, 2016


Assalamualaikum wbt.  Malam-malam dapat ilham menulis.  Korang pernah ditikam dari belakang? Bukan ditikam kat belakang dengan benda-benda tajam tapi ditikam dari belakang atas sesuatu perbuatan. Orang lam penuh dengan bahasa kiasan.

Sakit tau kena tikam dari belakang ni. Tambah-tambah bila orang yang kau boleh harapkan, atas sebab rasa tidak puashati mula berpaling tadah dan melemparkan tuduhan pulak ke atas diri kamu.  Kenapa fenomena tikam belakang ni berlaku? Mungkin ada rasa iri hati, hasad dengki dan termasuk juga berpaling tadah pada rakan atau orang atasan. Biasanya orang yang suka tikam belakang ni berbaik-baik dengan kita atas dasar kepentingan ke atas sesuatu untuk diri dia sendiri. Bila dah dapat atau tidak dapat, dia mula mencari jalan untuk menganiaya kita pula.



Arwah ibu akak dulu selalu berpesan, berhati-hati memilih kawan. Bukan semua yang berkawan dengan kita tu, adalah sebenarnya kawan. Ada yang nak menumpang kelebihan kita, ada yang nak ambil kesempatan terhadap kita. Pesanan yang memang akak pegang sampai sekarang. 

Dalam pekerjaan pun perlu berhati-hati dengan orang-orang jenis ini. Sangat bahaya.  Bila kena sakitnya lagi pedih daripada terhiris pisau.  Moga akak diberi kekuatan dan sentiasa berhati-hati dengan persekitaran tak kira di mana berada. Tiada istilah 'too closed friendship' dalam diari akak. Semuanya treat equally mengikut kecenderungan masing-masing. Moga akak dan keluarga sentiasa dalam peliharaan Allah.  Jauhkan unsur-unsur negatif dari kami sekeluarga....

You Might Also Like

7 comments

  1. Hati2 memilih kawan...Kawan mungkin seribu tapi sahabat hanya seorang..Setiap orang akan mengalami perasaan pedihnya ditikam dari belakang...

    Sabar dan terus berdoa agak kawan yang menikam dari belakang sedar akan kesilapanya dan memohon maaf..

    Cam mana kalau kawan tu tikam dari depan lak ya??Hmmm

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  2. sabar ya kak azi. i pernah rasa tu.. semoga di beri ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi ujian ni

    ReplyDelete
  3. Sabar ye.. in sha Allah semuanya sis bole hadam nanti...

    ReplyDelete
  4. pedih.
    sakit.
    geram.
    kena hati2 pilih kawan.
    biar la yg mulut laser, tegur depan2.
    dari yg diam2 tikam belakang!

    ReplyDelete
  5. Saya pernah melaluinya..sakit..trauma bertahun..semoga Allah memberi hidayah kepadanya

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook