Assalamualaikum wbt. Syawal dah nak ke penghujung tapi masih ramai lagi mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka termasuklah di pejabat-pejabat. Tahun ni rasanya kurang sikit jemputan rumah terbuka, ramai kawan yang pesan gini...datang je la..tapi call dulu tau sebelum datang!!..

Akak pun tahun ni share-share aje dengan kawan-kawan kat taman. Bukan setakat di taman, kat ofis pun kami share-share antara department. Dapatlah kurangkan kos dan menupun bermacam-macam. Bila aktiviti makan-makan ni, yang paling seronok ialah bergambar.  Pusing kiri kawan suruh senyum, pusing kanan kawan tarik bergambar sama. Tengah makan pun ada yang rajin dok snap gambar. Bila tengok semula dah jadi macam-macam rupa!

Sebagai penutup cerita Syawal daripada akak - aktiviti bergambar, sebelum dan sepanjang Syawal tahun ini dengan rakan-rakan sepejabat yang boleh tahan jugak suka berselfie, wefie. 

photoshot raya kat pejabat pulak; raya dah habis

HQ kami buat pertandingan video raya terbaik antara state. Mau tak mau kenalah memerah otak buat satu klip dengan kawan-kawan sepejabat yang sama bos. Mujur mudah nak dapatkan kerjasama. Bos pun kepala sama dengan kami, lagi senang cerita.

photoshot raya kat pejabat pulak; raya dah habis

Mak mak dara sporting.Tak plan pun nak color sama, secara kebetulan, bila jumpa baru perasan mak mak dara color baju hampir serupa. Belasah aje lah...

photoshot raya kat pejabat pulak; raya dah habis

Kalau dah kat Penang, kenalah tunjuk KOMTAR kan.  Ofis kami memang tak jauh daripada mercu tanda Penang yang popular tu. 

photoshot raya kat pejabat pulak; raya dah habis

In door pulak. Ni sebahagian lagi mak-mak dara bila dapat peluang berposing. Lupa kerja kejap hehe..

photoshot raya kat pejabat pulak; raya dah habis

Last sekali bersama bos-bos. Bos sporting sangat la bab-bab ni. Tak payah fikir banyak, bab-bab gini bagi team mak-mak di fikirkan. Asalkan ikut arahan sudah.  

Habis dahlah cerita pasal raya. Tunggu tahun depan pulak kalau panjang umur. Syawal pun 2,3 hari lagi nak meninggalkan kita semua. Sekarang ni mereka yang dah dapat panggilan menunaikan ibadah haji dah semakin sibuk buat persiapan akhir. Moga kita semua dapat ke sana juga satu hari nanti...in sha Allah...


3 Comments