Mudahnya Resepi Roti Jala

Wednesday, August 03, 2016


Assalamualaikum wbt.  Bila tiba mood rajin, memang macam-macam rasa nak cuba.  Asalkan tengok barang-barang ada kat rumah mulalah teringin macam-macam.  Korang suka makan roti jala? Kalau kena dengan lawannya memang akak suka la. Roti jala ni kalau makan cicah dengan gulai atau kari daging memang sedap sangat. Bila akak tinggal kat utara ni, pelik jugak bila orang makan roti jala cicah dengan kuah durian (serawa durian/pengat durian).  Bila cuba.......hmmmm...memang sedap..bagi lima bintang!!!

Cerita Roti Jala

Nak jadi cerita, ahad lepas en hubby merajinkan diri masak gulai kambing. Sedap!!! Gulai agak-agak pekat campurkan dengan potongan kentang. Makan bertambah-tambah.  Kat rumah akak ni kan bila tiba hari ahad memang menu agak istimewa sikit. Layan tekak masa cuti!  Cerita roti jala ni keluar lepas siap-siap nak ke sekolah abang irfan.  Tiba-tiba teringin nak makan roti jala cicah dengan gulai kambing.  Teringat cerita roti jala beberapa tahun lepas yang tak berapa menjadi jalanya, terus jadi macam malas je nak buat. Tapi bila terpandangkan pula kuah gulai yang ada suku periuk lagi tu, lupakan kenangan silam, akak pun bagitau kat hubby nak buat roti jala untuk makan malam nanti.  

Roti jala ni senang aje bahan-bahannya dan mudah sangat nak buatnya. Cuma kalau tak kena caranya memang jala tak berapa jadi. Seingat akak last buat dulu memang ada beli acuan untuk isi bancuhan roti jala ni. Tapi dah benda last minute plan kan, cari memang tak jumpa la.  Confident level tinggi nak buat jugak, dalam hati terjumpa bekas yang ada lubang-lubang bawahnya...hmm kira bolehlah. Get ready ...set...go...hampeh...bila akak nak bubuh atas pan, bancuhan tu tak keluar macam yang sepatutnya so daripada nak menjala terus jadi lempeng. Dek kegeraman tak ambil pulak gambar-gambarnya. Tak puas hati..ambik kunci kereta, tinggal semua bagi en hubby tengok apa yang patut, terus pergi kedai terdekat yang akak yakin ada jual acuan roti jala tu. Hahh kau...punye semangat nak makan roti jala.

Puas hati!!! Baru la jadi bentuk jalanya. Bak kata anak akak...yakin boleh ibu...mesti jadik punye!!! Ha..ha..ha....Puas menjala dapat sepinggan besar, cukuplah untuk kami sekeluarga jamu makan malam tu. Cicah dengan gulai kambing.

Bahan-bahan untuk buat roti jala ni akak copy kat blog azlitamasammanis. Best tau resepi-resepi kat situ. Perkongsian dengan gambar-gambar menarik. Terima kasih, nanti rajin-rajin akak terjah lagi resepi kat situ.

3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak
secubit garam
sedikit pewarna kuning telur (takde pun takpe tapi warna roti jala pucat sikit la)

Satukan semua bahan, kacau rata dan kisar halus. Lepas tu tapis. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Panaskan kuali leper atau akak guna pan aje. Sapukan sedikit minyak dengan menggunakan daun pandan supaya tidak melekat. Masukkan adunan dalam acuan roti jala dan bolehlah mula menjala. Tak payah balik-balikkan. Biarkan bahagian atas kering dan angkat. Lipat atau gulung ikut suka korang.


Mudahnya resepi roti jala


Bolehlah hidangkan dengan gulai daging/ayam atau makan dengan pengat/serawa durian.

Resepi gulai /kari kambing?...yang ni en hubby yang buat..nanti-nanti kalau berkesempatan akak share resepinya.

You Might Also Like

6 comments

  1. fuh sdpnye nampak tu.. lama juga tak buat roti jala ni..

    ReplyDelete
  2. yummy..serawa durian paling favourite :)

    ReplyDelete
  3. sedap kalau dapat dengan kari kambing ni kak azi.

    nampak macam senang tapi kalau tak jadi pening juga jadinya

    ReplyDelete
  4. terus rasa teringin makan roti jala ngan kari kambing..huwaaa sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  5. sedapnyaa.. kai adik beradik mmg suka sgt roti jala yg mama buat..
    husna paling suka yg panas-panas baru lepas angkat dari pan, pastu mkn saja..
    bg garing sikit permukaan bawahnya pastu makan tak payang gulung..
    usung satu rumah dgn terkoyak2 tu.. hahahaa..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook