Assalamualaikum wbt.  Fig atau buah tin semakin mendapat tempat.  Termasuklah en hubby yang dah mula berjinak-jinak dengan penanaman pokok tin.  Keinginan nak merasa sendiri buah tin yang segar dan dipetik daripada pokok tanaman sendiri menjadi pemangkin untuk en hubby mendalami ilmu berkaitan dengan pokok tin ni.  Hubby akak memang suka bertani. Pusinglah kot mana pun, buat macam-macam tapi at the end dia mesti mengarah kepada pertanian.  Bukan nak kata, tapi kebiasaannya memang apa yang ditanam menjadi, tak kira samada pokok bunga, buah-buahan malah pokok-pokok herba masakan pun. Akak support 200%...sebab dapat jugak tumpang rasa dan tumpang teduh.

Lawatan Sambil Belajar


Minggu lepas on the way ke Sungai Buloh sempat singgah kat kebun fig Madam Jenny di Ipoh. Kenalan dalam fb yang telah mula berjinak dengan pokok fig ni sejak 2 tahun yang lalu. Tersangat banyak spesis fig yang ada di kebun beliau.  Seronok dengar beliau bercerita tentang pokok fig , bagaimana dia bermula sehingga sekarang. Dapat jugak serba sedikit ilmu baru, akak pun tumpang dengar walaupun tak berapa kenal spesis yang dimaksudkan.  Lawatan sambil belajar yang sangat menarik.


Lawatan Sambil Belajar Di Kebun Fig; buah tin

Menarik sangat kebun fig Madam Jenny ni. Seronok belek pokok-pokok yang ada. Penjagaannya sangat rapi. Dok dalam ni macam dalam sauna. Sesuai sangat nak membakar lemak.


Lawatan Sambil Belajar Di Kebun Fig; buah tin

Susunan pokok-pokok tin mengikut jenis. Jenuh nak ingat nama satu-satu spesis. 


Lawatan Sambil Belajar Di Kebun Fig; buah tin

Yang belajar lebih en hubby, akak sibuk berselfie.  Madam Jenny fasih berbahasa Melayu nampak muda orangnya. Tak kedekut ilmu, asalkan kau rajin bertanya.


Lawatan Sambil Belajar Di Kebun Fig; buah tin

Bila datang ke kebun, kenalah rasa hasilnya kan. Sangat manis buah tun ni,kalau diberi peluang memang nak tolong petik-petikkan buahnya. Tapi Madam Jenny lebih kepada penjualan anak-anak benih pokok tin. Siapa berminat boleh beli. Ada juga yang datang sini untuk belajar.


Buah fig/tin ni mempunyai pelbagai khasiat sebenarnya.  Rasanya pun sedap manis. Sebelum ni hanya kenal buah tin yang dah dikeringkan dan dicampur dengan kekacang.  Sekarang ni dah boleh makan yang fresh pula.  

Khasiat dan Kebaikan Buah Tin/Fig kepada Kesihatan


1. Buah tin mempunyai kandungan protein yang tinggi dan ianya mampu membunuh bakteria yang mengganggu kesihatan.

2. Pengambilan buah tin dapat menurunkan kadar kolestrol badan. Sesuailah bagi yang mengalami kolestrol tinggi memasukkan pemakanan buah tin dalam diet.

3. Buah tin juga dikatakan boleh membantu dalam mengawal berat badan dan melancarkan pengambilan diet sihat. Lepas ni bolehlah akak jadikan rutin harian makan buah tin ni.

4. Ia juga dikatakan membantu merangsang pembentukan hemoglobin dalam darah, sesuai untuk pesakit anemia.

5. Pengambilan buah tin juga sesuai untuk pesakit jantung.

6. Membantu mengatasi masalah sembelit.

7. Kandungan kalsiumnya yang tinggi juga membantu memperkuatkan pertumbuhan tulang dan gigi terutama di kalangan kanak-kanak.

8. Membantu melawan sel-sel kanser dan pesakit asma.


Banyaknya kelebihan pengambilan buah tin ni. Islam juga menggalakkan pengambilan buah tin ini. Buah tin adalah buah kesukaan Rasullullah.  Ianya juga disebut  dalam Al Quran, Surah At Tin.

Lawatan Sambil Belajar Di Kebun Fig; buah tin

Ini kebun fig kami yang baru nak menapak. Tak banyak lagi. Gunapun kawasan sekitar rumah aje dulu. Test kemampuan bertani. Tak senang nak pelihara pokok ni, kena rajin je.


Lawatan Sambil Belajar Di Kebun Fig; buah tin

Dah berbuah juga. Tak sabar nak tunggu masak!!


Lawatan Sambil Belajar Di Kebun Fig; buah tin

Boleh dikatakan hampir semua dahan ada buahnya. Buahnya taklah besar sangat.


Lawatan Sambil Belajar Di Kebun Fig; buah tin

Sambil belek-belek pokok terjumpa sebiji yang dah masak. Sebelum rasa kita shooting dia dulu. Manis!!! Sedap!!! Akak suka!!!


Di rumah akak baru ada beberapa jenis pokok tin yang ditanam. Sekarang ni tengah rancak berbuah. Adalah sebiji dua yang dah masak dan rasanya.....mmmmmmm....sangat sedap. Tak sabar nak tunggu yang lain-lain masak. Bolehlah kami bawa bekas dan petik kat pokok ala-ala memetik strawberry di Cameron Highland.







3 Comments

  1. wah...menarik sangat Kak Azi....

    ReplyDelete
  2. waaaah,
    bestnye ada buah tin belakang rumah je...

    ReplyDelete
  3. buah tin ni elok makan basah atau yang dikeringkan

    ReplyDelete