Assalamualaikum wbt. Kebelakangan ni, akak sangat suka makan sayur-sayuran yang dimasak berkuah (renih) ataupun yang di steam aje. Faktor usia kot. Kadang-kadang cukup semangkuk dengan sedikit nasi terutama waktu makan malam atau hujung minggu. Bila dah penat mengemas rumah, tak lalu nak makan berat-berat so kita ambil yang simple aje.

Antara sayur yang menjadi kegemaran akak ialah lobak putih.  Ramai yang tak berapa gemar makan lobak putih ni termasuklah akak suatu ketika dulu. Sampailah bila dah dapat anak, lobak putih ni adalah salah satu yang terbaik dalam menambah kuantiti susu badan. Memang meriah.  Lepas tu barulah akak mula berjinak-jinak dengan sayur lobak putih ni.  Sebenarnya banyak khasiat lain yang korang boleh perolehi dengan memakan sayuran ini. Yang penting kena pandai masak supaya pahitnya tidak terasa sangat.

Khasiat Dan Kebaikan Lobak Putih

Antara khasiat dan kebaikan lobak putih yang boleh diperolehi :
- Ianya baik untuk kesihatan gigi, gusi, rambut dan juga kuku
- Pengambilan lobak putih juga boleh merangsang selera makan.
- mengurangkan darah gemuruh
- mengatasi masalah pencernaan dan meredakan sembelit
- merawti selsema
- mengurangkan berat badan dan melarutkan kolestrol dalam darah
- baik untuk pesakit batu karang 
- baik untuk pesakit diabetis
- membantu melancarkan susu ibu

Banyakkan khasiat dan kebaikan lobak putih ni.  Rugi kalau tak makan.  

Bila akak bercerita pasal kebaikan lobak putih ni, ada yang bertanya...sedap ke?..eh bukan pahit ke rasanya?... Cuba dulu baru tahu.  Untuk mengurangkan rasa agak sedikit pahit lobak putih ni, korang kena tau cara sesuai untuk memasaknya. Biasanya akak akan masak cara merenih. Potong bulat-bulat dan selepas tumis bawang masukkan sedikit air dan renihlah lobak  putih tadi sehingga lembut. Masukkan sedikit sos tiram dan campurlah sayuran lain sekiranya perlu. Akak suka campurkan dengan park choy atau boleh juga buat sayur campur. Sekiranya buat sayur campur, untuk elakkan sayuran lain cepat layu, masak dahulu lobak putih, bila dah lembut baru masukkan sayuran yang lain.  Selain daripada itu, boleh juga masukkan lobak putih ini dalam masakan ikan stim limau. Memang sedapppp......


Khasiat Terbaik Lobak Putih;booster susu ibu


Makan sepinggan macam ni pun puashatiAnak-anak pun dah mula suka makan lobak putih ni. Kalau dulu sebatang lobak ni boleh buat dua kali masak. Tapi sekarang ni tak cukup dah sebab semua dah suka makan.  Tak susah nak suruh anak-anak makan sayur, asalkan tau cara mana yang boleh menambat minat selera mereka.


6 Comments

  1. hihi...tak penah masak lagi lobak putih. nanti boleh try masak macam ni jugak

    ReplyDelete
  2. aida terjah sini dari blog SA.
    nampak nama akak yg no 1 dlm carta komen SA.

    aida masak lobak putih ni ~ sup ayam.
    baru sekali 2 membeli nyer kak.

    ReplyDelete
  3. saya pun dulu makan lobak putih untuk banyakkan susu...tu pun mak mertua yg masak hehe.boleh try nih

    ReplyDelete
  4. Wahhh macam sedap je... Tak pernah masak... Kalau makan yg dh siap dimasak pernah hehe. Nice sharing

    ReplyDelete