Food Test di Ixora Hotel, Seberang Jaya

Thursday, August 25, 2016


Assalamualaikum wbt. Beberapa minggu lepas memang agak sibuk dengan macam-macam tugasan pejabat dan rumah. Bekejaran dengan masa supaya dapat selesaikan tugas sebaik mungkin.  Dalam banyak-banyak yang nak kena selesai tu, akak paling suka bila bos offer pergi food testing kat hotel. Memandangkan department kami akan menjadi tuanrumah untuk satu program Customer Experience, maka banyaklah tanggungjawap yang kena sama-sama pikul walaupun program ni leads by HQ kami.

Bos pun faham, kami stress dengan tugas tambahan ni. Lepas final preparation meeting, bos offer akak dan kawan-kawan pergi food testing. Huhu pucuk dicita ulam mendatang sebab kami pun memang tengah lapar. Sebenarnya bukanlah food testing sangat ..lebih kepada complementary pihak hotel pada team kami. Tak kiralah apapun, yang penting tengahari tu perut minta diisi.

Order secara ala cart, agak lambat penyediaannya tapi berbaloi la tunggu.  Lagipun benda FREE kan!! Oleh kerana kami datang satu kereta, so bos tak bolehlah offer sorang, kenalah offer kami berempat plus dengan bos sekali. Di Ixora Hotel ni akak pernah datang untuk satu program lain beberapa tahun lepas.  Masa tu hotel ni baru lagi. Makanan ketika itu tak berapa menarik rasanya. Bolehlah biasa biasa aje. 


Food Test di Ixora Hotel, Seberang Jaya

Banyak sudut di hotel ini diletakkan hiasan bunga lavender.  Cantik dan nampak sweet jer...


Food Test di Ixora Hotel, Seberang Jaya

Minuman yang kami order. Akak dah lupa namanya (tu la simpan lagi cerita lama-lama....haha). Satu perasa chocolate mocha, yang putih tu vanilla dan satu lagi tu kalau tak silap lime & orange...rasa buah sangat dan kurang manis tapi sedap. Vanilla tu pun sedap. 

Food Test di Ixora Hotel, Seberang Jaya

Soo Hor Fan rasa biasa-biasa aje tapi udangnya besar-besar tau.


Food Test di Ixora Hotel, Seberang Jaya

Gambar pun dah tunggang langgang susunannya. Yang ni dessert pilihan. Puding roti dengan cream sauce. Ingat ok namanya sebab sedap sangat.  Biasanya disertakan dengan custard sauce tapi di sini disertakan dengan cream sauce, macam santan pekat tapi bukan santan. Bila tabur atas puding roti tu letak kekacang dan potongan kecil asam dan kismis...memang heaven la rasanya. Pada akak la...kawan-kawan pun kata sedap.


Food Test di Ixora Hotel, Seberang Jaya

Minuman yang kelihatan tu, hazelnut mocha kalau tak silap akak.  pilihan kawan akak, kuey teow goreng. Sedap jugak rasanya walaupun nampak biasa-biasa, yang bestnya udang besar okay!!


Food Test di Ixora Hotel, Seberang Jaya

Pilihan akak, nasi goreng tropical.  Ada salad, keropok  dan popia goreng. Makan yang ni jer pun dah kenyang.  Dan pastinya ada beberapa ekor udang besar dalam hidangan ini.


Food Test di Ixora Hotel, Seberang Jaya

Pilihan bos akak. Nasi goreng juga tapi special punye. Silapnya ayam goreng tu macam nak hangus pulak tapi bos kata rasanya ok tak rasa hangus pun. Mungkin presentationnya begitu.


Food Test di Ixora Hotel, Seberang Jaya

Yang ni pun akak tak ingat nama glamer dia. Nama biasa - kuey teow sup je. Selain daripada udang besar, rasanya tidak menepati piawaian akak. Walaupun yang order ni kawan akak, tapi akak cuit rasa juga sikit...dah nama food testing kan...
Sepatutnya pihak hotel sertakan juga dengan kicap cili potong baru boleh naik selera sikit.  

Secara keseluruhannya, rating daripada 10 akak bagi 6 bintang je la.  Masa penyediaan, kena dipercepatkan sikit supaya tidak perlu tunggu lama. Ni jenuh tunggu sampai air pun dah tinggal separuh baru hidangan sampai. Terima kasih bos, lain kali kalau ada food testing bawaklah kami lagi. Kami akan bagi penilaian sewajarnya, takde berat sebelah...hehe

Kalau korang berada di area Seberang Jaya atau nak cuba-cuba masakan chef hotel, boleh la singgah kat sini. Lokasinya pun senang cari dan dekat dengan jalan utama. Harga penginapan di sini juga taklah mahal sangat. Tunggu sapa nak sponser kami menginap dan buat review kat sini pulak. Ade ke?????







You Might Also Like

1 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook