Bitchacha Server Speed Checker Untuk Semak Kelajuan Blog Dan Website Anda

Friday, August 12, 2016

Bitchacha Server Speed Checker

Assalamualaikum wbt.  Dulu masa mula-mula ada blog, akak tak kisah sangat pun ada traffic atau tidak, senang atau susah orang nak access. Masa tu fikir, blog ajerpun..tempat bercerita. Tapi bila tengok ada yang boleh menjana income beribu-ribu hanya dengan berblog, tertanya-tanya jugak macamana diaorang buat.  Selain daripada isi entry yang berkualiti dan menarik, rupanya mudah access dan kelajuan blog juga adalah merupakan perkara penting bagi blogger atau peniaga online. Tentulah bila kita nak access sesuatu website atau blog  tu, kita nak cepat dapat tengok isi kandungannya. Kalau lambat mesti kita malas nak tunggu kan? Bukan nak kata orang, akak pun kalau nak access sesuatu blog atau website tu, kalau  perlahan dan kena tunggu lama, memang terus tutup dan cari yang lain.

Bagi peniagaan online, tentulah ia merupakan satu kerugian besar jika pelanggan tidak jadi access website mereka. Bagi blogger pulak, dah tentu kehilangan ramai pembaca. Bila tak ramai yang mengikuti blog kita, kuranglah juga peluang untuk menjana pendapatan sampingan. Rugikan?

Bitchacha Server Speed Test

Macamana nak pastikan kelajuan blog kita ? Baru-baru ni kawan akak perkenalkan Bitchacha Server Speed Test. Kat sini korang boleh semak kelajuan website atau blog korang.  Dengan Bitchacha Server Speed Test korang boleh tau prestasi blog korang. 


Bitchacha Server Speed Checker; semak kelajuan website blog


Bagaimana Menggunakan Bitchacha Server Test?

Mudah sangat nak semak.   Masukkan URL korang dalam ruangan yang disediakan dan enter. Biarkan Bitchacha Server Speed Test bekerja. Kelajuan blog atau website anda akan dinilai melalui 8 lokasi seluruh dunia. Tunggu sebentar dan laporan lengkap untuk blog anda akan dikeluarkan.


Bitchacha Server Speed Checker; semak kelajuan website blog


Tengok ni prestasi blog Journey Of Life.  Masih banyak yang perlu diperbaiki. Dapat B.  Nanti akak nak semak dan perbaiki supaya boleh dapat A pulak lepas ni.

Bitchacha Server Speed Checker; semak kelajuan website blog


 Lihat pulak prestasi Facebook.com.  Dapat B jugak.

Bitchacha Server Speed Checker; semak kelajuan website blog


Menurut Google, pencapaian server speed check yang baik adalah yang bertindakbalas dalam masa kurang 200ms. Maknanya akak kena kerja keras lagi untuk perbaiki tindakbalas server speed checker blog akak ni. Barulah boleh capai lebih ramai pengunjung.

Korang tak nak check prestasi blog korang ke? Cuba semak kat sini http://www.bitcatcha.com/

You Might Also Like

1 comments

  1. terima kasih berkongsi info, bolehlah cuba check blog :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook