Assalamualaikum wbt. Hampir seminggu kita menyambut Aidil Fitri. Macam-macam kisah yang didengar dan berlaku.  Kesesakan lebuhraya tak habis-habis menyebabkan ramai yang memilih mengikut laluan lama. Tak kurang juga dengan kisah menyayat hati berlakunya kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa insan-insan yang disayangi.

Bagi akak sekeluarga, raya kali ini kami sambut dengan cara yang amat sederhana, yang penting dapat bersama dengan keluarga kedua-dua pihak. Bermula raya di kampung hubby seperti tahun-tahun yang lalu. Kali ni en hubby dapat beberapa permintaan daripada bondanya untuk sediakan juadah raya. Haha..gitulah bila bersuamikan chef amatur ni. Akak okay je...assistant tetap tanpa pencen. Selain dari juadah biasa, hari raya pertama dihidangkan dengan hidangan nasi daging dengan air asam, hasil masakan en hubby. Mulanya plan taknak masak pulut, beli sahaja lemang tapi bila dah sampai kampung SIL pulak ajak buat ketupat pulut. Hmmm...terpaksalah merajinkan diri tanak pulut. Hajat orang kenalah tunaikan ...


Cerita Raya Kami; syukur selalu; raya 2016

Cerita Raya Kami; syukur selalu; raya 2016

Bila datang idea spontan, cari sudut menarik untuk diabadikan. Ramai yang suka tengok rumah MIL.

Dah jadi kemestian bergambar dengan family. Tak ramai kali ni tapi tetap meriah.  Akak ngan hubby lepas pagi raya tu, angkat tangan surrender masuk dapur dah..last sekali en hubby masakkan kari daging dan tulang, juga permintaan daripada bonda.  Lepas solat dan sesi bergambar, sempat singgah rumah abang ipar yang berdekatan dengan rumah mertua. Lepas tu kami balik rumah cari bantal...biasanya sebelah pagi memang takde yang datang rumah mertua.


Cerita Raya Kami; syukur selalu; raya 2016

Aktiviti memasak dan makan dan selesai. Ronda keliling rumah, pokok mangga dan kuini tengah berbuah lebat. Apa lagi pungut buah masak la....

Lepas zohor barulah bersiap-siap cari rumah sedara mara dan kawan-kawan yang mana sempat.  Tak plan banyak rumah pun, singgah satu atau dua rumah saja sebab en hubby tiba-tiba tukar plan ajak balik Melaka malam tu juga. Maka, tengah malam tu akak sekeluargapun bergerak lah pulang ke kampung halaman yang dirindui.  Hati memang teruja sungguh nak balik kampung sendiri, entah datang kudrat dari mana, akak drive daripada Bagan Serai sampai ke RNR Jejantas Sungai Buloh. Bagi en hubby rehat cukup sebab esoknya memang serah sepenuhnya stereng kereta kat dia.


Cerita Raya Kami; syukur selalu; raya 2016

Kat Melaka je boleh jumpa masjid macam ni. Istimewanya Melaka....

Sampai Melaka lebih kurang jam 9 pagi lepas beberapa kali rehat dan rawat mata yang mengantuk. Tak kejar apa so bila mengantuk berhenti saja kat mana-mana RNR dan tidur. Gembiranya bila dapat makan masakan `pure' orang melaka. Dapat bersembang dengan bahasa ibunda....bertukar serta merta. Di Melaka juga tidak lama, kami isikan sepadat mungkin bertemu adik beradik dan kawan-kawan yang berkesempatan. 


Cerita Raya Kami; syukur selalu; raya 2016

Berehat sekejap kat sini. Jumpa bear besar ada pulak yang nak bawak balik.

Seharian berjalan malamnya main redah ajer singgah di Medan Ikan Bakar Umbai, dek kerana kejemuan dengan daging dan ayam serta pulut ketupat, kami cari kelainan sikit untuk isi perut malam tu. Dah agak lewat juga sampai, dari kejauhan nampak terang benderang, hati berbunga-bunga sebab tau medan ikan bakar beroperasi.  Walaupun ramai orang, kami tetap berjaya menyelitkan diri dalam keramaian tersebut dan tak sampai setengah jam, dah dapat menjamu selera. Gambar pun tak sempat ambil...tapi otak-otak ni sedap tau!!!


Cerita Raya Kami; syukur selalu; raya 2016

Otak-otak, tak sampai 5 minit...selesai.


Kalau korang ke Melaka singgah lah kat sini, tak mengecewakan. Nak buat tempahan, boleh hubungi nombor yang disertakan.

Ikan Bakar Selera Sejati
Pengkalan Pernu Umbai
012-6591482
017-3974115
017-2159869

Jumaat tengahari, bergerak pulang. Sempat singgah kat kampung kakak ipar sebab akak tak jumpa lagi abang akak. Dah lama tak ke Felda Bukit Jalor, Air Kuning Gemencheh Negeri Sembilan.  Banyak jalan yang tak di upgrade. Nak sampai ke rumah tu kena lalu 7 bukit....hehhe....macam naik roller coster anak-anak akak cakap.....


Cerita Raya Kami; syukur selalu; raya 2016

Jalan masuk ke Felda Bukit Jalor. Turun naik bukit da......


Alhamdulillah lebih kurang jam 630 petang kami bergerak pulak ke Kulim. Asalnya bercadang nak mengelakkan jem, maka kami ikut laluan lama separuh jalan sebelum masuk semula laluan highway. Kenderaan memang banyak di kedua-dua laluan utara selatan tapi taklah sampai jem tak bergerak. Lepas bertukar ganti driver dan berhenti di RNR untuk solat dan meluruskan kaki sebentar.....tepat jam 3 pagi sampailah kami ke teratak indah di Kulim. Alhamdulillah....perjalanan yang padat, syukur dipermudahkan. 

Biasa-biasa saja hari raya kami, aktiviti pada sebelum, semasa dan beberapa hari selepas raya.  Sebaik tiba kat rumah, rutin biasa bermula semula. 


Cerita Raya Kami; syukur selalu; raya 2016

Sekian Cerita Raya Kami
Selamat Hari Raya Aidil Fitri daripada kami keluarga AzirahmanDotCom
Moga bertemu lagi di Syawal tahun hadapan
#syukurselalu


2 Comments

  1. Warna warni raya... Selamat hari Raya Kak Azi.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Kak azi....untung dapat suami chef...kalau macam saya pandai makan ja hahaha

    Masjid kat Melaka tu dah pernah sampai...

    cantik rumah MIL kak Azi

    ReplyDelete