Tak Tahu Nak Makan Apa Sahur Nanti?

Wednesday, June 08, 2016


Assalamualaikum wbt. Memang mencabar untuk ibu-ibu memikirkan apa nak makan sahur nanti? Biasanya akak akan bangun seawal jam 4 pagi untuk sediakan juadah bersahur. Dah fikir awal sebelum tidor, bila bangun terus ketuk ketuk sahur aje kat dapur. Kalau bangun, baru nak fikir nak makan apa...alamatnya minum air saja la.

Bila ada anak-anak yang turut berpuasa, kenalah sediakan makanan yang sesuai untuk mereka. Nak tarik selera anak-anak, kena hidangkan makanan yang mereka suka. Untuk sahur taklah susah sangat, lauk-lauk simple sahaja pun dah cukup. Keluarga akak ni memang keutamaan kena ada hidangan nasi. Selera melayu betulkan!!!..hehehe...adik wan pun kalau makan selain nasi memang main kuis-kuis ajer..tapi kalau dihidangkan nasi, dengan telur goreng pun dia boleh makan bertambah.

Kalau korang tak tahu nak sediakan apa, ikut akak...kita buat ayam masak kicap aje. Ni sahur semalam. Mudahkan! Goreng ayam, goreng bawang halia semua, curahkan kicap pekat, masukkan ayam, gaulkan rata. Nak sedap lagi masa masukkan kicap tu, masukkan juga sesudu sos tomato..ikutlah kuantiti ayam yang korang nak masak. Jadilah berkuah dan pekat sikit...tambah selera bila makan panas-panas.


tak tahu nak makan apa sahur nanti?; ayam masak kicap

Ayam masak kicap dan tomyam ikan .  Tomyam  ikan bawal emas ini lebihan berbuka. Bawal emas ini memang sedap kalau dibuat tomyam, masak stim ataupun sweet sour.

tak tahu nak makan apa sahur nanti?; ayam masak kicap



Waktu sahur juga mesti ada kurma dan air milo. Memang dari kecil lagi 2 benda ni mesti ada. Kalau minum air manis yang lain, rasa macam satu kekurangan. Anak-anak pun dah mengikut citarasa ibunya. 

Korang jangan tinggalkan sahur tau. Bersahur ni banyak hikmahnya. Elakkan juga bersahur terlalu awal. Islam menyarankan kita bersahur lewat. Daripada Anas RA, bahawa Rasullullah s.a.w bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

You Might Also Like

3 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook