Ronda-ronda Cari Makan di Kota Warisan Taiping

Tuesday, June 07, 2016


Assalamualaikum wbt.  Dah seminggu cuti sekolah berlalu. Seronok tengok kawan-kawan mengupdate status di fb lokasi yang diterjah bersama keluarga tersayang. Mana yang menarik akak simpan buat koleksi, manalah tahu bila-bila ada kesempatan nanti nak terjah jugak. 

Akak sefamily menghabiskan cuti seminggu lepas lepak-lepak kat rumah. Bila rasa boring, keluar cari makan, lepas tu lepak-lepak depan tv. Last-last layan mata atas katil...hahhaa.. Gitulah seminggu dihabiskan dengan anak-anak. Paling jauhpun akak meronda ke bandar warisan Taiping. Teringat pulak makanan-makanan sedap kat sana.  Bagi hint sikit jer...semua bergegas siapkan diri...nak berjalan. 

Sebelum sampai Taiping, singgah dulu kampung hubby di Bagan Serai. Mil takde kat rumah pun semua dah ke KL, kami singgah nak petik buah mangga dan cempedak yang dah mula masak di luar pagar. Boleh juga buat goreng minum petang sebelum puasa. Selesai masuk bonet, baru lah bergerak ke Taiping. Tak jauh sangat pun ...memandu pun rilek-rilek jer.

Tempat Makan Menarik

  

Bila dah ke Taiping, mesti cari tempat makan menarik sebelum puasa menjelang tiba. Tempat pertama yang diterjah ialah Cendol Bismillah. Terletak di Jalan Barrack, Taiping. Khabarnya terkenal sejak lama dahulu. Ni pertama kali akak cuba rasa. Sejuk masuk tekak, sama je macam cendol yang pernah akak makan di Kulim. Mungkin istimewanya Cendol Bismillah ni mungkin dah lama beroperasi dan bila korang tengok depa mesin ais tu memang terus rasa teringin nak makan. Sedut laju-laju sebab perut pun dah berbunyi-bunyi. Ada lagi tempat makan menarik yang nak kena pergi.


ronda-ronda cari makan di kota warisan taiping; tempat makan menarik taiping
gambar google...terima kasih pada penyumbang


Settle kat situ, terus pergi cari makan pulak. Lokasi seterusnya dah tentu la ke Doli Kuey Teow yang terletak di 5 Regat Tupai, Taiping. Kedai wajib singgah untuk isi perut.  Dari mula kahwin sampai anak 4, kalau ke Taiping mesti singgah makan sini. Anak-anak masing-masing dah tempah nak makan kuey teow goreng, adik wan dengan nasi ayamnya, ibu kenalah rasa yang lain....makan mee kari. Sambil-sambil tu suap jugak kuey teow goreng en hubby dan nasi ayam dik wan. Hahaha...untung ibu kan....

ronda-ronda cari makan di kota warisan taiping; tempat makan menarik taiping
gambar google...terimakasih pada penyumbang


Selesai tu barulah edisi meronda bermula. Untuk menjimatkan duit dan mengurangkan penat, kami lepak kat taman permainan ajer bagi dik wan main puas-puas. Kakak abang dok meronda. Ibu jadi penjaga kawasan. Cantik juga tengok suasana tasik menjelang malam. 

ronda-ronda cari makan di kota warisan taiping; tempat makan menarik taiping

Puas Adik Wan main kat sini. Taman permainan ni pun ada macam-macam kenangan untuk kami sekeluarga.

ronda-ronda cari makan di kota warisan taiping; tempat makan menarik taiping

Asalnya bercadang nak mengayuh itik di tengah tasik tu. tapi cuaca mendung hujan rintik-rintik, terpaksalah batalkan hasrat. Tengok sajalah mereka yang sedang asyik mengayuh sambil gelak ketawa.

Lepas selesaikan yang wajib, perut belum lapar lagi...singgah pulak Taiping Mall. Lalu terlaksanalah misi baju raya budak-budak ni. Tak plan pun yang ni tapi dah ada peluang...beli je lah mana yang sempat. Anak-anak dah besar dah pandai nak ikut taste masing-masing. Pening kepala akak. Terpaksalah berpecah,yang lelaki ikut ayah yang perempuan ikut ibu.

Penat menapak dalam mall barulah perut mula berbunyi. Last station kena makan Yong Tau Foo belakang balai bomba. Pandai-pandailah korang pilih gerai yang sesuai. Sepinggan besar untuk kami berlima, adik wan macam biasa nak makan nasi. Hujan pulak malam tu bukan main lebat lagi. Terpaksalah melepak lama sikit kat situ. Agak reda dan perut pun dah kenyang, barulah bergerak pulang. 

ronda-ronda cari makan di kota warisan taiping; tempat makan menarik taiping
Sepinggan besar ni RM19.00..macam-macam ada..

Sampai rumah dah hampir jam 130 pagi......fuhhhh dah bukan sepetang dah tu....hmmm...terisi juga cuti sekolah anak-anak.....

You Might Also Like

10 comments

  1. yong tau fu tu ja biasa yui makan lau p tepeng..huhuuh.
    hat lain xpnh lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. len kali yun try yang lain pulak....satu lagi popia basah kat foodcourt depan nagoya tu hehe

      Delete
  2. cendol bismillah belum cuba..raya nanti nak gi :) yong tau foo bomba tu memang wajib singgah kalau balik Taiping

    ReplyDelete
  3. Panjang perjalanan Kak Zie, hehe. Tapi best sebab dapat singgah banyak tempat. Macam-macam makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita bagi panjang, padahal dok pusing dekat-dekat situ ja...tempat tu tak jauh mana pun antara satu sama lain

      Delete
  4. terliur aih tengok yong tau fu tuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi lepas raya nanti rider la

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook