Resepi Mudah Ikan Bakar Kerabu Epal

Tuesday, June 07, 2016


Assalamualaikum wbt.  Menjelang petang, ibu-ibu yang bekerja mulalah membilang apa menu berbuka hari ini. Macam biasa , akak kan suka yang mudah, ringkas dan cepat disediakan. Terbayang dah ikan bakar dan ulam kerabu. Tak perlu masa lama untuk sediakan kedua-dua ni asalkan bahan ada.  Bulan puasa ni kena stock up bahan mentah setiap minggu, selesai sehari, boleh plan untuk hari berikutnya. Balik rumah boleh terus ketuk-ketuk Ramadhan.

Ikan Bakar Sambal 

Perkongsian hari ini, ikan bakar sambal. Ikan boleh saja ikan bawal, ikan giti (yang ni nama lain akak tak tahu, ikut saja nama yang hubby bagi), ikan siakap, bawal emas, ikan kembung pun boleh....asalkan ikan yang korang suka makan. Baru tak membazir. Lawan ikan bakar ni boleh lah disediakan kerabu epal dan pegaga.

Istimewanya ikan bakar ini ialah pada sambalnya. 


Resepi Mudah Ikan Bakar Kerabu Epal

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk buat sambal ikan bakar ini:

1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putij - kisar
4 sudu besar cili mesin - ikut saiz ikan , kalau korang suka banyak sambal, lebihkan cili.
Sedikit air asam jawa.
1/2 ketul kiub tomyam
1 sudu kecil serbuk jintan manis
garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak.
Masukkan bawang yang telah dikisar. Tumis sampai naik bau.
Masukkan cili mesin dan kiub tomyam. Masak sampai garing.
Masukkan air asam jawa. Kacau.
Masukkan serbuk jintan manis, garam dan gula --- secukup rasa.
Kacau sehingga agak kering.

Sapukan sambal tadi ke seluruh bahagian ikan, masukkan lebih2 sikit pada bahagian perut ikan. Ambil daun pisang sebagai pelapik ikan (guna daun pisang bagi bau ikan bakar kita lebih menarik)
Bakarlah ikan atas periuk serbaguna.
Dah masak....boleh hidangkan..

Senangkan?.....

Resepi Kerabu epal dan pegaga boleh TENGOK SINI 

Padankan ikan bakar dengan kerabu. Memang mudah untuk disediakan. Anak-anak suka, mak ayah gembira....yang penting jangan membazir.

You Might Also Like

13 comments

  1. wah nampak sedap.. nanti nak cuba jugak.. tq kak azi..

    ReplyDelete
  2. tq perkongsian ni,, nnti mimin aplikasikan nya. huhu

    ReplyDelete
  3. sodap kak zi...aummmm...ehhh yummy..salah bunyi lak.. :P

    ReplyDelete
  4. Pergh.. pergh.. Mengancamzz

    ReplyDelete
  5. ohhh..sangat suka..nyum..nyum.nyummm

    ReplyDelete
  6. btw...saya dah lama dah follow k.azi tau..
    silent reader ;)

    ReplyDelete
  7. Nani,Aniz, PapaG - nanti boleh cuba.

    ReplyDelete

  8. aiezzaSue - oh ye ke?...terima kasih .

    ReplyDelete
  9. sedapnya ikan bakar! nak juga nak juga :D

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook