Muhasabah Diri Untuk Jadi Lebih Baik

Thursday, June 16, 2016


Muhasabah Diri Untuk Jadi Lebih Baik

Assalamualaikum wbt. Setiap hari adalah hari untuk kita belajar sesuatu yang baru. Tak kira kecil atau besar, sedikit atau banyak , antara kita sedar atau tidak, ada perkara baru yang kita perolehi setiap hari.  Setiap hari sebelum tidur, akak akan spend sekurang-kurangnya 10 minit bersendirian muhasabah diri sendiri.

Kenapa Perlu Muhasabah Diri?


1. Allah sendiri meminta hambanya sentiasa bermuhasabah untuk memperbaiki diri sendiri. Bila kita sentiasa bermuhasabah, in sha Allah kita sentiasa cuba untuk memperbaiki diri sendiri.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Hasyr: 18).

 2. Bila kita sentiasa bermuhasabah, bermakna kita sedang berusaha untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. Muhasabah membantu kita menjadi lebih cekal dalam melalui perjalanan hidup yang serba mencabar.

3. Dengan bermuhasabah, kita akan menyesal dengan kesalahan yang kita telah lakukan dan mengambil teladan pada perkara-perkara baik yang berlaku.  

Sentiasalah berusaha menjadi umat yang baik. Semoga apa yang kita lakukan setiap hari akan beri kebaikan pada diri sendiri dan mereka yang dekat dengan kita. Seboleh mungkin akak cuba ingatkan anak-anak sendiri untuk sentiasa bermuhasabah mencari keredhaan dan ketenangan. Bila hati kita tenang, kerja-kerja yang perlu kita laksanakan pun akan jadi mudah. 

Sekadar peringatan kita bersama........

You Might Also Like

3 comments

  1. Satu perkongsian yang baik untuk diamalkan.

    ReplyDelete
  2. Muhasabah diri ke arah kebaikan.. In Shaa Allah akan dipraktikkan..
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  3. kena always.. so that kita sentiasa stay down to earth.. thanks kak mengingatkan..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook