Lauk Mesti Ada Di Bulan Puasa

Wednesday, June 08, 2016


Assalamualaikum wbt.  Setiap kali bulan puasa, apa lauk yang mesti korang masak ? Dalam family akak ni, setiap kali bulan puasa, lauk terawal yang akan kami masak ialah pajeri nenas. Memang tak boleh miss lauk ni setiap kali ramadhan, mesti ada. Kalau dulu masa awal-awal berkeluarga, beli aje kat pasar ramadhan sebab yang nak makan akak ngan hubby jer. Sejak anak-anak dah besar-besar ni, eloklah masak sendiri, makan pun puas, kebersihan pun terjaga.

Inilah lauk pertama ramadhan tahun ini yang akak masak malam sebelum puasa. Buat lauk dinner, simpan sekali sampai sahur.  Anak-anak memang suka makan pajeri nenas ni. Buat telur dadar atau goreng ikan bilis atau ikan masin pun cukup. Biasa buat mesti sekurang-kurangnya 2 biji nenas sederhana, habis. Seronoknya memasak bila anak-anak tidak pernah menolak apa jua yang dihidangkan. Bertambah semangat la mak ayah nak memasak.

lauk mesti ada di bulan puasa ; pajeri nenas


Kalau korang nak resepi pajeri nenas ni, akak kongsikan kat sini. Moga bermanfaat.

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook