Jangan Bazirkan Nasi Yang Tidak Habis Dimakan

Thursday, June 16, 2016

Assalamualaikum wbt. Dah masuk minggu ke dua puasa ni mesti macam-macam rasa ada kan?  Makan pun dah tak berapa lalu. Masak pun tak tahu nak pusing lauk ringkas yang mana lagi.  Kena rajin cuba buat kuih muih yang kena dengan selera keluarga pulak.  Masak nasi pun 2- 3 cawan untuk 6 orang makan. Itupun kadang-kadang berlebih. Kalau tak rajin, jadi makanan burung-burung merpati kat luar rumah.  Korang tau tak yang lebihan nasi ni boleh menjadi kuih yang sedap untuk dimakan?

Mudahnya menyediakan Apam Snow White


Apsal nama dia ada snow white yer?...ntah ler, resepi pun akak google je. Sebenarnya dah lama nak cuba buat apam kenit-kenit ni tapi tak pernahnya jadi walaupun bahan-bahan dah siap ada kat rumah. Selalu rancangan tergendala...asyik dok minta resepi jer kat kawan-kawan. Akhirnya impian menjadi kenyataan juga. 

Resipi simple akak ambik kat  SINI ...baca punye baca ...cam boleh buat jer, jom lah kita cuba-cuba.  Satu adunan dpt byk gak....puas makan, tak payah dah beli2...hehe

Jangan Bazirkan Nasi Yang Tidak Habis Dimakan;apam snow white

Hasil percubaan pertama


Resepinya :
3 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 cwn gula pasir (atau gula castor, chik la guna gula castor 2 cwn tp ingat pas ni nak kurangkan skt)
1 paket mauripan
2 cwn nasi
3 cwn air
1/2 bj kelapa parut putih + gaul ngan sdkt garam

Cara:
- masukkan semua bahan di atas kecuali nasi dan air ke dalam bekas, gaul rata dan ketepikan sebentar. Kelapa tu untuk tabur atas yer pada yg berminat. Anak-anak akak tak suka kelapa .
- kisar nasi dengan air sehingga betul-betul hancur
- masukkan campuran kisaran nasi dan air ke dalam bekas tepung tadi, sebatikan
- perap adunan selama minuman 1/2 jam , akak perap dekat 2 jam
- tutup bekas adunan dengan kain bersih.
- panaskan periuk kukus.  Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang (sorry lupa nak ambik gambar acuan) dan susun dalam kukusan.
- kukus acuan ini dahulu utk 3-5min, supaya acuan jadi panas betul dan mudah untuk keluarkan kuih nanti.
- masukkan bancuhan separas acuan.
- pada yg nak warna warni boleh la bahagikan adunan tersebut kepada beberapa bahagian ikut berapa warna yg nak buat.
- kukus 10-15 min, api sederhana.

Anak-anak memang suka makan....boleh jer nak buat untuk minum petang. Lepas lunch boleh bancuh adunan, agak lepas asar boleh dah kukus. Cun-cun jer untuk santapan petang....

Cubalah buat, mudah sangat. Lepas ni takdelah nasi terbazir begitu sahaja. Ada lebihan, simpan dulu dalam peti ais. Bila nak buat, keluarkan.

You Might Also Like

10 comments

  1. kak, sedap nye! dah la mmg suka apam. bila la nak terror / rajin masak mcm akak ni. huhu..

    ReplyDelete
  2. alya - senang je buat ni..kalau ada nasi lebih kat rumah tu...on jer..musti nia dan adel suker....bila anak2 dah makin suka makan macam2...nak tak nak kena la rajin2kan diri hehe

    ReplyDelete
  3. dah lama nak try buat tapi tak buat-buat jugak... feberet faiz nih, asyik beli kat pasar malam je

    ReplyDelete
  4. minta izain salin resepi yer ;)

    ReplyDelete
  5. mudahnyaa..boleh try ni..")

    ReplyDelete
  6. ow, xtau pulak apam letak lebihan nasik..

    ReplyDelete
  7. boleh cuba nanti... saya datang Blogwaking blog awak bertuah dalam list blogwaking saya untuk hari ini jemput singgah blog saya jugak ya.. http://cikash.blogspot.com/2016/06/jom-blogwalking-12.html

    ReplyDelete
  8. kadang2 kami buat cekodok nasik.. shian nasik2 tak abes tu..

    ReplyDelete
  9. Wahhh gitu rupanya..nmpk sgt tau mkn je hehe.
    Cekodok nasik?.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook