I
Assalamualaikum wbt.  Adik Wan adalah anak yang sangat aktif. Kadang tak terikut rentak dia. Bila balik kerja, belum sempat buka pintu kereta, dia dah tunggu sambil ketuk-ketuk pintu kereta suruh buka.  Bila dah buka terus tarik tangan ajak bermain. Tak kiralah main apa, kadang-kadang menyusun `ultraman' dia pun tunggu ibu, nak warnakan buku boboiboy pun ibu kena ada kat depan mengadap. 

Kalau bab makan pula, setiap hari adik wan kena makan nasi. Makanan mesti ada. Kalau lambat memang bising suara dia ...lapar...lapar. Kadang-kadang akak terlewat masak, mulalah merajuk. Bila merajuk sampai tertidur. Bangun tidur mesti mengadu sakit perut pulak. Macam-macam budak kecil ni...

Biasanya bila anak-anak sakit perut, akak gunakan Minyak Yu Yee Cap Limau saja. Sangat berkesan. Kalau perut kembung terutamanya bayi atau anak-anak, lepas sapu minyak yu yee cap limau kat perut, mesti pot...pot...bunyi kentut bagi angin keluar...hahhaha..Dah keluar angin baru rasa lega.



Memang kena standby simpan sebotol minyak yu yee cap limau ni.  Bukan setakat melegakan rasa sakit atau kembung perut, baunya pun nyaman. 

3 Comments

  1. wow..saya suka sgt ngan minyak nie...bau dia wangi..tenang jiwa..

    ReplyDelete
  2. orang besar pon belasah guna kak..hihihi..

    ReplyDelete