Hadiahkan Minyak Yu Yee Cap Limau Pada si Kecil

Wednesday, June 29, 2016


Assalamualaikum wbt.  Baru-baru ni dapat berita ahli keluarga sebelah akak bertambah lagi.  Tak lama lagi anak saudara sorang lagi nak naik pelamin. Nanti bertambah-tambah pulaklah cucu saudara. Sekarang ni akak dah ada 10 orang cucu saudara. Tak sabar nak jumpa masa raya nanti. Mesti masing-masing dah makin lasak dan bijak.  Ada yang akak tak pernah jumpa lagi sekadar tengok gambar yang dikongsi saja.

Biasanya bila ada anak kecil ni macam-macam kerenah yang ada. Bagi yang baru bergelar ibu dan bapa, mesti bantuan dan nasihat dari yang lebih dewasa terutama daripada ibubapa dan mak-mak saudara ini sangat membantu dalam membesarkan anak-anak. Tambah-tambah lagi sekarang ni  ramai ibu muda yang berpantang sendiri . Ada yang sempat seminggu dua sahaja dijaga oleh ibu masing-masing. Maklumlah sekarang ni mak ayah bekerja.  Akak dulu pun berpantang sendirian aje dengan en suami. Khidmat nasihat melalui panggilan telefon aje. Macam-macam yang dilalui bila anak-anak meragam, mujur lah en suami sangat banyak membantu.

Anak-anak kecil ni takkan lari daripada serangan kembung perut, perut tak selesa, sukar buang air dan sebagainya. Akak dulu guna minyak Yu Yee Cap Limau aje menangani masalah kembung perut ni. Secara kebetulan baru-baru ni ada kawan hadiahkan sedozen minyak Yu Yee Cap Limau ini untuk kegunaan kami.  Sempena musim perayaan ni, akak nak bawa balik kampung dah hadiahkan pada anak-anak saudara yang punyai anak-anak kecil lagi. Nak perkenalkan semula pada mereka apa yang pernah akak gunakan masa menangani masalah bayi kembung perut. 

Hadiahkan Minyak Yu Yee Cap Limau Pada si Kecil



Saiznya yang kecil, sesuai sangat untuk ibu-ibu letak satu dalam beg tangan masing-masing. Bila nak guna, capai saja....mudahkan...


You Might Also Like

1 comments

  1. Cipta kelainan untuk hadiah kpd si kecil. asyik bagi baju dan set mandian ja...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook