Assalamualaikum wbt. Gara-gara minat sangat kat si Boboiboy ni, adik wan siap kumpul koleksi kad pulak. Benda pertama yang dia akan cari bila akak membeli barang di Mydin Mall ialah kad Boboiboy!  Haha....nak dapatkan kad-kad ni kenalah akak beli pulak si choki choki. Untuk anak apa saja la kan....

gara-gara si boboiboy;choki choki


Korang mesti pernah buat koleksi kad-kad macam ni kan? Masa akak seusia dik wan, koleksi kad lebih kepada permainan snap, happy family dan seangkatan dengannya. Lepas tu terikut-ikut dengan abang, koleksi kad jenis-jenis kereta pulak. Macam-macam jenis ada..

Setiap paket choki choki ni ada 3 keping kad. Sekali beli setakat 3 set aje cukup. Kumpul sikit-sikit. Dapat 3 set boleh dok diam tak minta apa dah. Parahnya nak menghabiskan choki choki tu. Kakak-kakak pun dah naik jemu makan. Tuan empunya memang tak sentuh dah lepas tu. Lastly, akak lah yang dok sumbat dalam beg pi kerja. Bila rasa `stress' makanlah choki choki ni. 

gara-gara si boboiboy;choki choki


Eh!! Coklat boleh juga pengubat stress kan???


1 Comments

  1. hahah pos ke eyja choki-choki tu kak azi. heheh :D

    ReplyDelete