Fikir Zikir : Tips Usahawan Muslim Cemerlang

Thursday, June 09, 2016


Assalamualaikum wbt.  Berpeluang menimba sedikit ilmu keusahawanan semalam di pejabat.  Program anjuran salah satu kelab syarikat sebagai pengisian bulan Ramadhan.  Ceramah disampaikan oleh mentor usahawan berjaya iaitu Tuan Haji Mohamad Fuad Ariff daripada Focus Group.  Menarik dan banyak tips yang dikongsikan. Bukan mudah untuk menjadi usahawan ni. Tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pada akak tiada had usia untuk berjaya, tak kira di usia mana juga kita berada, kalau kita bersungguh, disertai dengan doa dan usaha....in sha Allah ada haknya untuk kita.  Sedikit perkongsian yang nak akak share kat sini sebagai ingatan bersama...

Tips Usahawan Berjaya dan Cemerlang

Untuk memulakan sebarang pekerjaan atau perniagaan, apa yang perlu ada dalam diri kita ialah ilmu, pengalaman, skill, modal dan juga sikap kita sendiri.  Kita juga perlu ada minat untuk buat, kalau tidak ada minat, bagilah apapun memang tak menjadi.  Kemampuan dari segi fizikal, kesihatan, modal dan networking juga penting selain daripada perlu tahu potensi diri kita sendiri. 


fikir zikir : tips usahawan muslim cemerlang

Kenapa perlu jadi usahawan?

Pada yang berminat untuk berniaga, pernah tak kita tanya diri kita sendiri kenapa kita nak berniaga?  Berniagalah untuk tujuan ini :

1) sebagai menyahut salah satu sunnah Rasullullah saw
2) ketahuilah 9/10 rezeki adalah dari perniagaan
3) Menjana kekuatan ekonomi Islam
4) menambahkan hasil keluaran dari tangan umat Islam sendiri
5) Secara tidak langsung membantu orang lain
6) Membayar dan memberi zakat
7) Islam itu sangat mulia

Terdapat 4 kategori mereka yang nak jadi usahawan.  

- Tak Mahu dan Tak MAMPU
- Mahu tapi Tak MAMPU
- MAMPU tapi Tak Mahu
- MAHU dan MAMPU

Bukan semua betul-betul nak jadi usahawan, ada yang sebab family business so kena lah continue perniagaan yang telah dimulakan.  Ada yang mampu tapi tak betul-betul berminat, sekadar ikut-ikutan. Tapi bagi yang betul-betul mahu dan mampu, usahakanlah bersungguh-sungguh supaya hasil yang diperolehi bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk dikongsi bersama.

Pesan coach Fuad lagi, untuk jadi usahawan cemerlang, 4 perkara mesti jadi keutamaan mengikut kefahaman akak :

Jaga harta Allah - apa juga yang kita lakukan, perlulah jaga dengan betul
Guna harta Allah - gunakan harta yang kita ada dan terima dengan sebaiknya
Kembangkan harta Allah - berkongsi sebab dengan berkongsi dan berjemaah, kita dapat                                            kembangkan apa yang kita lakukan
Tingkatkan harta Allah - bila berkembang, boleh bantu untuk kita letakkan harta Allah di                                        tempat yang lebih tinggi di mata masyarakat


"Nobody is goo at everything BUT everybody is good at something"



You Might Also Like

1 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian. Di samping itu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, anda juga perlu kenal dan tahu kemampuan diri. Buat analsis keadaan semasa, buat perancangan dan laksanakan pelan tersebut.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook