Bila Hati Merindu

Monday, June 13, 2016


Assalamualaikum wbt.  Selesai seminggu kita berpuasa. Kejap je kan? Korang perasan tak bila bulan ramadhan jer banyak clip iklan di media dan juga di fb yang sedih-sedih jer. Sayu jer bila terima sharing yang macam tu.  Akak dah 4 series ni memang cepat terasa kot.  Bila tengok clip-clip gitu tetiba rasa rindu datang. Rindu pada pelbagai hal. 

Rindu pada siapa?

Rindu nak balik kampung, rindu pada keluarga yang jauh, rindu pada masakan bonda ..rindu...rindu...dan rindu lagi.  Rindu pada kampung, tak lama lagi bolehlah berkemas-kemas pulang ke kampung walaupun masa agak singkat. Yang penting kena balik!!

RIndu pada keluarga yang jauh, biasanya akak berwasap wasap ajer dengan adik beradik yang lain. Masing-masing dah jauh dan akak lah yang paling jauh sekali. Mula dah berjanji-janji jika diberi kesempatan untuk berjumpa raya nanti. Mungkin nanti bila anak-anak makin membesar dan tinggal berjauhan, pasti rindu pada mereka tidak tertanggung. 

Rindu pada masakan bonda....kenalah buat sendiri. Moga arwah bonda tenang di sana.  Sempat juga berguru beberapa masakan bonda yang digemari, sesekali bila rindu menjengah, akak masak sendiri. Sambil masak sambil ajar anak-anak, sekurang-kurangnya nanti mereka boleh buat sendiri.

Ubat rindu paling mujarab ialah merayu, meminta dan mengadu pada yang Esa.  Hanya dia yang mengetahui dan tidak akan dia beri sesuatu yang diluar kemampuan kita untuk menanggungnya. Moga hati kuat. 

bila hati merindu; rindu kampung halaman


Jauh merenung menunggu tuannya balik. Beginilah setiap petang bila amira bersekolah sehingga petang. Tunggu di depan pagar sampai tuan pulang ke rumah.  Rindu sungguh agaknya........

You Might Also Like

4 comments

  1. saya pun rindu dengan masakan mak. sedar tak sedar 12 tahun dah berlalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alfatihah untuk mereka yang dah meninggalkan kita.

      Delete
  2. Cantik kucing ni. Serupa dengan kucing saya.

    ReplyDelete
  3. rindu ayah.. first time puasa tanpa ayah T.T

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook