Bila Suami Masuk Dapur

Friday, June 24, 2016


Assalamualaikum wbt.  Semakin hampir ke penghujung Ramadhan semakin rindu pulak rasanya pada keluarga yang jauh.  Berbuka dan bersahur pun ala kadar sangat sekarang ni, ingat makan untuk beri tenaga seharian.  En Hubby pun disebabkan isterinya yang semakin kurang idea untuk menyediakan juadah, kenalah juga turun dapur menyumbang tenaga, sama-sama memerah otak...nak masak apa?...nak makan apa?...

Bila Suami Masuk Dapur

Akak tak pernah susah hati bila suami akak masuk dapur. Bila suami masuk dapur, maknanya adalah yang istimewa akan terhasil daripada air tangannya. Selalunya bila en hubby di dapur, akak pulak yang jadi runner, pergi kedai, ambil anak kat sekolah, sediakan bahan-bahan masakan dan yang paling penting..tukang kemas dapur lepas hidangan disediakan. En abang ni bab memasak memang power tapi bab menyelerakkan bahan yang digunakan pun hebat jugak. Tapi akak dah biasa, bila hubby dah mula pegang kuali semua, bersedialah untuk mengemas.

Bila suami masuk dapur; resepi nasi arab; resepi nasi daging

Telur rebus pun letak sekali sebab nasi ni letak daging kambing. Afiah tak makan daging kambing so kena letak item lain untuk dia.


Hidangan istimewa beberapa hari lepas. Nasi arab versi en hubby. Mudah katanya nak sediakan nasi arab ni, semua masuk sekali, hidang sekali. Tak payah nak fikir-fikir lauk-lauk lain, cukup sekadar dipadankan dengan jelatah nenas timun saja.  Nak share resepi kali ni, akak tak sempat nak dok sebelah chef tapi akak sharekan 2 resepi mudah yang kami selalu gunakan bila nak buat nasi arab ataupun nasi daging. Bahan-bahan dalam resepi ni korang boleh ubah suai ikut apa yang korang ada. Rempah nasi arab segera pun banyak dijual di pasaraya. Akak cadangkan korang guna rempah nasi arab Chef Ammar.  


Hujung minggu ni kalau berkumpul ramai-ramai ahli keluarga bolehlah korang masak nasi ni. Mudah sangat disediakan. Semua peringkat umur boleh makan.  Tunggu nanti apa pulak menu en hubby di pagi raya....

You Might Also Like

2 comments

  1. teringin nak buat la nasi arab, tak pernah cuba lagi..
    Lelaki kalau dah masuk dapur memasak memang masak je lah kak..kemas2 kita passing kat org pompuan lah.. biasa saya pun mcm tu gak.. jap nk tgk resipi kak Azi.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook