Pulut Durian Menu Istimewa

Assalamualaikum wbt.  Sekarang ni di tempat akak dah mula musim durian melanda. Dah ramai yang mula menjual durian dengan harga yang boleh diterima akal. Kalau musim awal hari tu, harga buah durian ni memang melampau-lampau. Sebiji boleh mencecah RM30, bila buka ulasnya tak sampai lima. Tapi kalau peminat tegar memang tak kira berapa perlu berhabis. Bila dapat durian ni, yang terlintas di kepala ialah pulut durian. Memang yummy sesangat, tambah-tambah kalau dapat durian yang isinya tebal berlemak, memang sedap jadinya pulut durian tu nanti.

Pulut durian istimewa, musim durian

huhu sedapnya durian

Masak Pulut Mudah

Nak sediakan pulut tak susah mana pun. Dulu akak memang tak berapa pandai masak pulut ni. Selalu mengelak bila disuruh. Pulut kalau silap masak boleh jadi lembek. Tapi sejak dah kahwin dengan orang utara ni, menu pulut ni dah jadi kegemaran so kenalah belajar. Anak-anak pun memang suka makan pulut. Nak masak pulut mudah? Ikut cara akak. Gerenti sedap, berlemak. Akak belajar daripada MIL.

Bahan-bahan yang perlu ada :
Beras pulut - ikutlah banyak mana nak guna
Santan pekat kelapa atau santan perahan pertama sahaja
Sedikit garam

Pulut durian istimewa, musim durian

double joy..hahha...ada mangga jugak kat rumah, jadilah pulut mangga durian



Rendam pulut dalam 20 minit. Kalau nak warna ala-ala kuning tu, masukkan sedikit serbuk kunyit masa merendam pulut. Lepas rendam tu, toskan.  Akak masak pulut cara kukus. Panaskan lah pengukus. Alat bahagian nak letak pulut tu dengan potongan daun pandan. Dalam air bahagian bawah pengukus pun akak masukkan daun pandan. Nanti pulut yang dimasak enak aje baunya.  Agak-agak air kukusan dah mendidih, masukkan lah beras pulut di bahagian atasnya. Biarkan lebih kurang 45 min ke satu jam. Masa ni korang bolehlah perah santan pekat. Kalau malas beli aje santan dah siap kat kedai dalan 2-3 ringgit. Jangan lupa masukkan sedikit garam pada santan tadi supaya pulut lebih berlemak rasanya nanti. Lepas sejam, keluarkan pulut tadi, letak dalam bekas yang lebih besar, biasanya akak keluarkan letak dalam dulang. Kemudian, gaulkan dengan santan tadi. Agak-agaklah jangan sampai lembek pulak. Lepas tu masukkan semula dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam tempoh masa yang sama seperti kukusan pertama tadi. Siap, boleh lah makan. Pulut ni makan begitu sahaja pun sedap tau!! Kalau masa raya, kami buat sampai tiga kali kukus. Lepas masukkan santan tadi dan kukus, lepas sejam angkat dan masukkan dalam sarung ketupat, lepas tu kukus lagi...hhaaaa... 4 - 5 jam jadi lama masaknya, baru tahan lama.

Ermmmm....jom makan pulut durian.

9 Comments

  1. emm, ni nak raya ni mmg org utara buat ketupat daun palas lahh..sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai sekarang tak reti buat sampul ketupat daun palas..hehe

      Delete
  2. wauu.. xpenah tahu pun pasal pulut durian nihhh... nak cuba >.<

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete
  3. saya kalau durian suka makan macam tu saja.. macam gardenia "sungguh enak dimakan begitu saja".. hahaha..

    ReplyDelete
  4. ya Allah. betul2 mengundang padah la masuk blog nie.. ada entry durian lagi... T_T

    ReplyDelete