Resepi Wet Food Untuk Si Bulus

Wednesday, May 11, 2016

Makanan Si Bulus

Assalamualaikum wbt.  Hari tu akak ada janji nak share cara buat makanan kucing kan..haa...hari ni baru sempat nak letak resepinya kat sini.  Mudah sangat asalkan rajin. Wetfood ni lebih berkhasiat untuk si bulus kesayangan anda. Diam tak diam, kat rumah dah ada dua ekor anak kucing yang dipelihara. Ingatkan anak ajer yang teringin nak bela kucing, rupanya si ayah pun sama jugak. Akak tak kisah asalkan yang rajin nak pelihara kena juga rajin nak jaga dari segi pemakanan dan kebersihan. Setakat ni masih bertahan.  Itulah juga sebabnya si ayah sukarela membuat sendiri wet  food untuk kucing-kucing ni.

Apa yang diperlukan untuk sediakan wet food kucing ni?

1 kg ikan temenung/kembung - kurang pun boleh. Akak beli ikan ni bila jumpa kat pasar malam RM3 sekilo.
1 bungkus agar-agar
Sepotong labu/ sebatang karot


resepi wetfood untuk si bulus, haiwan peliharaan, kucing kampung


Ikan tu buang isi perutnya dan rebus. Labu atau karot tu pun rebuskan jugak.  Lepas tu ikan tadi ambil isinya sahaja atau mesin dengan tulang-tulang sampai hancur. Kisarkan juga labu atau karot tu. Kemudian masakkan agar-agar. Bila agar-agar dah sedia, masukkan semua bahan kisar tadi dan gaul rata.  Biarkan sejuk dan bolehlah masukkan dalam bekas-bekas kecil. Keluarkan yang mana nak guna, selebihkan frozen kan.  Sekilo ikan tu, akak boleh simpan untuk seminggu punya makanan.  Mudah kan?

resepi wetfood untuk si bulus, haiwan peliharaan, kucing kampung


Memang si bulus ni suka sangat makan wetfood ni. Kadang-kadang kami campurkan juga dengan makanan kucing yang dibeli. Adalah ubah-ubah sikit rasanya. Ada kalanya tak masukkan labu atau karot. Semuanya terpulang kerajinan korang semasa nak sediakan makanan kucing ni. Jimatlah sikit , kalau tak asyik nak kena beli makanan dia aje.

resepi wetfood untuk si bulus, haiwan peliharaan, kucing kampung

resepi wetfood untuk si bulus, haiwan peliharaan, kucing kampung


Ni lah si bulus yang ada kat rumah sekarang ni. Seekor jantan, seekor betina. Budak-budak ni bagi nama Min-Min dan Men-Men. Ikut koranglah anak-anak......Bila dah kenyang, keja nak tidor sajalah.  Bila bangun, berlari serata rumah, gril tingkap pun dipanjatnya sampai ke atas. Memang cergas sangat!! Tapi kat area rumah akak ni memang banyak jugak kucing-kucing berkeliaran. Yang besar-besar suka sungguh ganggu dua-dua ekor ni. Pernah sekali tu dikejarnya sampai entah ke mana salah sekor ni. Hilang jugak beberapa hari sampailah hari ahad lepas, akak ternampak di padang permainan dalam taman ni. Mulanya ingat salah, tapi akak tengok dia bergerak daripada satu pintu pagar rumah ke satu pintu pagar, bila dah dekat...betullah itulah si Men-Men. Agaknya dia cium bau rumah siapa. Kucing sebenarnya satu spesis yang bijak!! En Hubby panggil terus meluru datang dengan yakinnya. Tiba kat rumah, terus cari kawan dia....aduh macam dah lama tak jumpa!! Kesian pulak akak tengok.....

Tak tahulah sampai bila nak jaga...selagi dua-dua ekor nak stay ngan kitaorang selagi lah agaknya. Akak kalau boleh tak mo terikat menjaga binatang peliharaan ni, susah kalau nak ke mana-mana. Senang kalau boleh lepas bebas meneruskan hidup.......

You Might Also Like

4 comments

  1. rajinnya azie...hamboi dah kenyang bungkang tidoq naa.. sedap sangatlah tuu

    ReplyDelete
  2. tak tahu pulak ada wet food utk kucing. bru tahuu nii

    ReplyDelete
  3. Sedap dia tido lepas kekenyangan. Hahaha

    ReplyDelete
  4. tudiaaaa sedap sampai terlentok.. air tangan ibula katakan =P
    kalo kat rumah nenek.. ada jadual makanan kucing. senin makan ikan rebus.. selasa ayam..
    kadng kita nk buatkan makanan kucing jd pening.. kalah nk kasi org makan..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook