Perihal GiveAway Dan Blogger

Friday, May 06, 2016


Assalamualaikum wbt.  Bila takde idea nak update apa, biasanya akak akan cari blogger-blogger yang anjurkan GiveAway (GA). GA dan blogger ni tak boleh dipisahkan. Kenapa? Ia adalah salah satu cara korang nak tambah rakan maya yang secara tak langsung membantu jugak meningkatkan traffic ke blog korang.  Tak kisahlah GiveAway(GA) tu menyediakan hadiah menarik ataupun biasa-biasa saja. Pada akak hadiah tu tak kisahlah nak bagi apapun, yang penting syarat penyertaan tu tak sukar untuk dilaksanakan. Lagi mudah syarat, lagi rajinlah akak join.

Hadiah GiveAway(GA) 

Sepanjang merajinkan diri menyertai GIiveAway(GA) anjuran blogger ni, akak dah pernah dapat hadiah wang tunai, top up, beg shopping, coupon voucher dan beberapa benda lagi yang akak pun dah lupa. Bergantung pada jumlah penaja yang sudi menaja. Ada penaja yang suka bagi hadiah bentuk barangan, ada yang lebih suka bagi dalam bentuk wang, mudah dikendalikan. Yang terkini, baru-baru ni akak dapat hadiah GiveAway(GA) sebuah novel. GiveAway anjuran Kathy R'bain dan Cik Akak. Tak sabar nak tunggu novelnya sampai, bertambahlah koleksi novel nanti. Macam tau-tau je akak suka baca novel.


Perihal GiveAway dan blogger, GA


Review Blog dan Tambah Bloglist

Ada juga blogger yang buat GA dalam bentuk review blog blogger yang bertuah atau masukkan dalam bloglist. Yang ini paling mudah. Mudah untuk penganjur dan mudah juga untuk yang menyertai. Tak payah nak berurusan cari penaja atau sediakan hadiah. Dapat review blog secara percuma pun dah cukup baik. Blog akak ni bertuah jugaklah dapat review percuma daripada ECHA .

Perihal GiveAway dan blogger, GA

Penajaan Hadiah GiveAway(GA)

Kalau ada kelapangan akak pun suka juga menaja hadiah GiveAway(GA). Maklumlah nak buat GiveAway(GA) sendiri masih belum ada lebih kerajinannnya. Jadi cara mudah, taja hadiah. Berbaloi jugak untuk tingkatkan traffic blog. Kalau tak percaya cuba korang buat. Macam akak bagitau tadilah, hadiah tak semestinya yang hebat-hebat, asalkan menarik sudah.  Yang terkini akak turut menyumbang tajaan di blog IZATIE SUHAIDE

Perihal GiveAway dan blogger, GA


Korang jangan pulak tak join yer!!

You Might Also Like

7 comments

  1. Ya betul tu. Saya pun sama la...kalau tak sempat nak update apa2... join jer GA dulu. Yang penting ada update... hehe...

    ReplyDelete
  2. Farrah join giveaway Izati tu :D

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook