Bangkok Tom Yam Bayan Lepas

Assalamualaikum wbt.  Antara kedai makan yang akak sefamily suka singgah bila ke Pulau Mutiara.  Bangkok Tom Yam terletak di Bayan Lepas, tidak jauh daripada komplek Tabung Haji. Kedai ni dah ada di sini lama dah. Daripada kecil dah berubah rupa tapi masih kekalkan suasana lama.  Masakan di Bangkok Tom Yam ni tak berubah sangat rasanya walaupun dah bertukar tukang masak.

Apa yang menarik kat sini? Kalau tanya kat akak, akak sangat suka makan sotong masak pedasnya. Kami ke sini hari tu pun sebab en hubby tiba-tiba dok teringin nak makan sotong goreng pedas kat Bangkok Tom Yam. Kemain kan?....sanggup menyeberang jambatan teringin punya pasal. Tak pe la sesekali makan jauh lepas penat bekerja siang malam.

makan malam di bangkok tom yam bayan lepas, pulau pinang


Inilah menu sotong goreng pedas di sini. Rasa tak berubah. Di masak dengan kacang buncis. Sotong saiz sederhana yang dipotong bulat. Makan dengan nasi sahaja pun dah cukup. Kegemaran akak sekeluarga. Tengok gambar ni pun  dah rasa macam nak ke sana...hahaha..

makan malam di bangkok tom yam bayan lepas, pulau pinang


Selain daripada itu, hidangan lain jugak menarik dan sedap. Untuk anak-anak biasanya daiging masak merah ni yang menjadi pilihan. Kena order lebih sebab adik wan pun suka. Tak pedas sangat pun.

makan malam di bangkok tom yam bayan lepas, pulau pinang


Gandingkan menu tadi dengan kerabu mempelam. Yang ni memang kena letak depan akak..hehhe peminat katanya. Makan begitu sahaja pun boleh. Taburan kacang tanah dan udang kering menaikkan lagi selera nak makan. Memang hancus diet dibuatnya kalau ke sini.

makan malam di bangkok tom yam bayan lepas, pulau pinang


Kami order juga tom yam. Tom yam seafood putih pilihan akak. Akak lebih suka yang putih daripada tomyam kuah pedas. Yang ni pun pedas juga tapi masih boleh hirup lagi. 

Kalau korang tersesat kat sini, boleh la cuba makanan di Bangkok Tom Yam ni. Tak usah risau tentang lokasi. Google saja atau cari di facebook Bangkok Tom Yam Bayan Lepas, mesti ada peta lokasi disertakan. Lepas makan boleh la bawa anak-anak tengok kapal terbang kat airport Bayan Lepas, tak jauh pun.



6 Comments

  1. Kalau ada maps lagi ok ni kak azi.

    ARz pun pernah cuba Bangkok tomyam. Tapi kalau makan ramai2 lagi sesuai sebab hilangkan dia besar dari kedai tomyam biasa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. portion dia sedikit lebih ..kira kalau order menu utk sorang makan setiap yang kak zi tunjuk tu memang puas makan.

      Delete
  2. mboihhh! tgk plak tetengah malam ni kak oii.. hahaha.. T_T

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kak....kena coba jugak la!!

    ReplyDelete