Adakah Anda Layak Menderma Darah?

Wednesday, May 18, 2016


Assalamualaikum wbt.  Baru-baru ni dapat beberapa mesej yang meminta sesiapa yang mampu dan memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menderma darah.  Korang pernah derma darah tak? Akak dah beberapa kali jugak menderma. Mula-mula dulu takut , bukan takutkan jarum tapi sering dimomok-momokkan dengan cerita - lepas derma darah berat badan akan naik! Tapi tak derma darah pun berat naik jugak kan...hehhe

Siapa yang layak menderma darah ?

Jom kita sama-sama semak adakah kita layak untuk menderma darah.  Tak kiralah korang jenis darah apa, bila ada peluang pergilah menderma. Nanti tau lah pihak hospital untuk menggunakannya. Sekarang ni pun kalau kita guna bekalan yang ada di tabung darah hospital, pihak hospital akan minta saudara mara pesakit untuk cari ganti bekalan yang telah digunakan. Ye la, masa kecemasan kita mana nak tau berapa banyak keperluan yang perlu ada.


Adakah Anda Layak Menderma Darah? Kempen derma darah

Kalau tengok pada syarat-syarat ini macam ramai yang layak untuk menderma.  Korang jangan takut. Tak luak pun darah yang korang dermakan tu. Kita tak tahu bila kita perlukan bantuan. Kalau tak kita mungkin mereka yang rapat dengan kita, jadi ambillah peluang berbakti. Sekali menderma sekurang-kurangnya tiga nyawa dapat kita selamatkan. Bukan sahaja yang terima mendapat manfaat , malahan penderma juga boleh mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berbahaya seperti kanser dan sakit jantung. 

Lepas ni kalau ada program menderma darah jangan elak diri tau!!


You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook