Tiba-tiba Rasa Macam Nak!!!

Wednesday, April 06, 2016


Assalamualaikum wbt

Tiba-tiba akak rasa macam nak. Nak apa?..heheh
Sabtu lepas aka singgah rumah abang kat Puncak Alam.  Ternampak seekor anak kucing comel la sangat. Dah lah comel, tak takut orang dan siap nak manja-manja lagi. Geram!!

Abang akak sejak anak-anak dah besar remaja, rajin pulak dia membela kucing. Dah berekor-ekor dah kucing kat rumah dia. Jenuh tengok bila proses membersih kawasan. Sebelum ni akak tengok ajer, tak rasa teringin pun nak bela kucing semula. Memang dulu, kami sekeluarga peminat kucing. Rumah kat kampung, setakat nak bela 7,8 ekor kucing takde masalah. Bagi makan cukup, tempat tidor selesa sikit, kadang-kadang mandikan pun dah nampak sihat cantik gebu dah kucing-kucing tu. Tapi since mak akak takde ni, rasa nak jaga kucing tu pun turut lenyap.

tiba-tiba rasa macam nak, kucing cantik

tiba-tiba rasa macam nak, kucing cantik


Tapi, hati tercuit semula bila tengokkan anak kucing ni hari tu. Terus rasa nak!!  Tapi sayangnya anak kucing ni seekor sahaja. Abang tak nak bagi. Tunggulah next kelahiran. Kena sabar dulu. Budak-budak ni pun dah menggeram semacam jer bila tengok anak kucing. 

You Might Also Like

2 comments

  1. ya allah comelnya...cantik mata dia..gebu plak lagi tu...SA x leh bela kucing..nanti semput

    ReplyDelete
  2. bestnye kucing comel xtkot ngn org..ni msti betina kan? kucing kt rumh ni punya la liar. xmlu nk minta mknan, tp bila nk pegang lari, kdg2 ada merengus..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook