Tetamu El Nino Yang Perlu Dielakkan

Wednesday, April 27, 2016


Assalamualaikum wbt


Dalam seminggu ni banyak info dan kes-kes berkaitan kehadiran sang ular di tempat-tempat tertentu. Ada yang benar-benar baru berlaku dan ada juga kisah-kisah lama yang disiarkan semula.  Fenomina El-Nino merupakan kejadian yang dikaitkan dengan kehadiran sang ular ini. Cuaca yang panas melampau menyebabkan banyak  ular yang keluar daripada habitat asal untuk mencari ruang yang lebih selesa.

Risau jugak sebenarnya tambahan lokasi rumah akak tidaklah jauh daripada kawasan yang agak dipenuhi dengan pokok-pokok getah tua. Kehadiran si kapak ni malam tadi memang mengejutkan juga walaupun sebelum ni memang ada ternampak dan terdengar daripada jiran-jiran yang terjumpa.  Tak besar tapi cukup bisa kalau terkena. Yang ngerinya, en hubby dah terpijak pun dia ni, tapi mungkin di bahagian kepala, jadi tiadalah kejadian yang tidak diingini.


Tetamu El Nino Yang Perlu Dielakkan



Ular kapak ni suka dok kat tengah jalan, tepi atau dalam pasu.  Secara kasarnya dia tidak mengacau tapi kalau rasa terganggu memang akan terkenalah patukannya. Aktif di waktu malam. Warnanya yang seakan-akan warna jalan memang kadang-kadang tak perasan terutama waktu malam.  Makanan kegemarannya ialah kelkatu yang biasanya keluar bila hari hujan sebab itu kawasan yang berhampiran dengan kebun getah biasa akan terjumpa dengan spesis ini. Akak sendiri pun dah beberapa terjumpa, ini merupakan kali ketiga jumpa kat rumah. 

Sebagai langkah berjaga-jaga, kita boleh taburkan garam kasar atau serbuk belerang/sulfur di sekeliling kawasan rumah. Orang dulu-dulu sarankan untuk menanam pokok limau purut di sekeliling rumah. 

Kenalah lebih berjaga-jaga sekarang ni.  Malang tidak berbau. Kemunculan ular-ular ni kadang-kadang kita sendiri tak perasan. Bila tengok viral kat facebook ..seram pun ada.

Hati-hati yer....

You Might Also Like

4 comments

  1. Musim panas sekarang ni kan...memang binatang berbisa keluar dari persembunyian..menakutkan la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...kena berhati-hati terutama anak-anak

      Delete
  2. takutnya.. kena peka dan hati2 sentiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betu..berhati-hati terutama kawasan berdekatan belukar/hutan....

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook