Rezeki Musim Panas

Wednesday, April 13, 2016


Assalamualaikum wbt


Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.  Akak seronok melihat aktiviti salah seorang daripada adik akak masa study dulu. X roomate untuk lebih tepat.  Asalnya bekerja sepenuh masa. Atas permintaan suami, berhenti kerja dan menjadi suri rumah.  Sebagai suri rumah, jangan terhenti dengan jadual uruskan anak, uruskan suami, masak, kemas rumah sahaja...orang bekerja pun kena buat yang ni jugak. Otak kena kreatif. Dah biasa pegang duit ditangan, takkan nak harapkan suami setiap masa menghulur belanja kan. Ada masanya kita perlukan juga sedikit belanja untuk menghargai diri sendiri. Apatah lagi yang punyai orang tua...kadang-kadang nak juga rasa menghulur belanja pada mereka.

Selalu kita tengok dan nampak, malahan mungkin ada di kalangan yang terdekat dengan kita mengeluh sukar mencari pekerjaan.  Dah habis belajar sampai master tapi tak dapat kerja yang diidamkan . Akak memang tak gemar sungguh dengar keluhan begitu.  Mencari rezeki ada bermacam-macam cara. Dalam keadaan sekarang, janganlah berharap untuk dapatkan kerja bergaji bulanan sahaja. Banyak cara untuk kita dapatkan pendapatan halal.

Alah...kau dah kerja ..bolehlah cakap macam tu!!

Ehhh silap pendapat tu. Betul akak dah kerja tapi harus diingat akak juga punyai anak-anak yang belum tahu lagi bagaimana masa depan mereka nanti.  Kita sebagai ibubapa, abang kakak seharusnya membuka minda anak-anak ini yang ada pelbagai cara mencari rezeki. Sekarang bukan lagi zaman tunggu suapan sahaja.

Berbalik pada adik akak tadi.  Adik akak ni rajin sungguh memasak. Macam-macam jenis masakan yang dibuat sampaikan akak pun kadang-kadang teruja nak mencuba. Kalau berjiran memang semakin sihatlah badan akak ni!!! Hobi memasak katanya. Anak-anak pun  dah membesar, ada masanya perlukan juga aktiviti yang mengikut tuntutan kegemaran sendiri. 

Tak pernah akak dengar dia berhenti mencuba untuk mencari tabungan diri sendiri walaupun gaji setiap bulan suami dah sedia masuk dalam akaun.  Sepanjang musim panas ni, atas kreativiti dan initiatif sendiri, adik akak tak ketinggalan menghasilkan pelbagai jenis ais krim malaysia untuk di jual pada anak-anak setaman. Bukan itu sahaja malah ada juga pemborong yang membeli ais krim malaysia adik akak ni untuk dijual. Rezeki musim panas katanya. Kalau kita tak boleh jual sendiri....boleh saja kita berkongsi rezeki dengan orang lain, lebih lagi keberkatannya.  

rezeki musim panas, aiskrim malaysia, kek hokkaido

Perisa asam boi strawberry apple. Amboi tertarik akak tengok warnanya. 

rezeki musim panas, aiskrim malaysia, kek hokkaido

Macam-macam warna dan perisa. Semuanya hasil tangan sendiri. Cantik pulak bersusun gitu.


Bila dah nama hobi atau minat, tak bermaksud kita tinggalkan tugas dan tanggungjawap yang lain. Bak kata adik akak ni, suami tak menggalakkan apa yang dibuat tapi kalau dah minat, buatlah asalkan bila suami balik kerja, hidangan dah siap terhidang, rumah terjaga, anak-anak cukup makan...dan yang paling penting dapurnya bersih. 


rezeki musim panas, aiskrim malaysia, kek hokkaido

Lihat sahaja hasilnya. Dalam masa sebulan jualan menjangkau hampir ke empat angka. Bukan kerja berat sangatpun. Agak-agaknya kalau penuh sebakul tu mau ribu raban jugak hasilnya.


Jadi, pada adik-adik yang masih menganggur menunggu peluang pekerjaan, usah buang masa. Buatlah apa sahaja kerja yang mampu memberi pulangan yang halal. 9/10 punca rezeki datangnya daripada berniaga. Yang penting usaha. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 

Ehh!! Adik akak ni juga rajin buat pelbagai jenis dessert....

rezeki musim panas, aiskrim malaysia, kek hokkaido

Tergoda akak tengok kek hokkaido ni tau. Entah bila la boleh rasa, asyik dapat tengok gambar je. 

Cara mudah menjemput rezeki...asal ada usaha adalah hasilnya. Kredit pada Sue tuanpunya gambar-gambar ni dan juga atas izinnya untuk akak berkongsi sedikit kisah di sini.





You Might Also Like

2 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook