Mudahnya Memasak Masak Lemak Cili Padi Lala Sayur Keladi

Wednesday, April 13, 2016


Assalamualaikum wbt

Akak suka makan sayur keladi. Di kampung dulu, arwah mak memang sentiasa menanam sayur keladi di tepi rumah. Kami suka sangat. Keladi yang mak tanam tak gatal, isinya gebu dan sedap. Paling suka bila dibuat masak lemak cili padi atau masak asam pedas. Boleh bertambah-tambah tanpa sedar.

Lepas kahwin, rupanya akak dan hubby mempunyai kegemaran yang sama. Makin rajinlah en hubby menanam keladi di rumah MIL. Keladinya hidup elok. Bila balik kampung, menu utama yang akan akak masak di kampung ialah keladi masak asam rebus cara utara, kalau di Melaka masak asam pedas tumis. Dua-duapun sedap dimakan.

Minggu lepas, masa ronda-ronda pasar malam teringin pulak makan lala. Sekilo RM5. Murah ke?? Asalnya nak goreng bercili ajer, tapi ternampak pulak ada jualan keladi. Terus tukar menu kepada masak lemak cili padi lala sayur keladi. Mudah sangat nak sediakan.


mudahnya memasak masak lemak cili padi sayur keladi, resepi mudah


Bahan-bahan :

Keladi 
Lala - 1kg
Cili padi
Santan - 1 kotak
Bawang besar 1 1/2 labu
Bawang putih 3-4 ulas
Kunyit atau serbuk kunyit
2 batang serai
1 batang cili merah
asam keping - 1 keping
garam

Mudah sangat penyediaannya. Rebus dahulu ubi dan batang keladi yang telah dibersihkan. Rebus sehingga empuk. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal yang ada pada keladi tersebut. Tapi kalau jenis keladi gatal, memang akan rasa jugak.  Bila dah empuk, tos dan asingkan sekejap. Cili, bawang, kunyit tu semuanya akan potong dan kisar. Kalau takde kunyit hidup, boleh ajer guna serbuk kunyit tapi masuk kemudian.

Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk yang sesuai, masukkan santan. Kalau guna santan kotak ni, petua untuk mengelakkan santan bergentel atau berbiji-biji, sebelum tuang dalam periuk, bancuh dahulu santan tersebut dengan air biasa, bukan air panas. Kacau sampai larut, barulah dimasukkan ke dalam periuk. Samalah macam guna santan perah kan, takkan nak perah dengan air panas.

Bila kuah dah sedikit mendidih, masukkan asam keping, serai dan lala. Biarlah lala tu masak. Tanda dah masak, bila lala tu dah ternganga-nganga bukaannya. Biasanya lala yang tak terbuka tu ada lumpur di dalamnya. Akak kalau dapat lala yang tak terbuka tu, akak terus keluarkan saja, kalau buka memang ada lumpur.

Akhir sekali baru masukkan keladi tadi. Rasalah masin masamnya. Masak lemak ni kalau kuahnya pekat memang terangkatlah. Baru sedap dimakan. Cuba korang hidangkan dengan ikan masin goreng...

Mudahkan....

You Might Also Like

8 comments

  1. tak pernah makan masak lemak cili padi gini.. boleh try jugak.. tq for the recipe :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama...cuba jangan tak cuba tau

      Delete
  2. lala dan masak lemak memang sedap. ish teringin pula.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumaat lepas lala banyak kat pasar malam

      Delete
  3. Ya Allah..sedapnyaaaa la kak azi oii..SA tgh jaga Mak Kat Ward ninrasa lapar plak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang umpphhh SA...harap mak segera sembuh

      Delete
  4. I memang tak pandai nak makan.. macam pisang masak lemak, keladi masak lemak.. heeee.. tak pandai.. macam pelik je sebab i rasa itu buah2an. heeeee.. tapi kalau keladi sulur tu pernah lah makan masa kecik2.. tu pun tak berapa nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kak yan kena cuba..baru tau rasanya. Macam kita makan pisang goreng, keladi goreng...

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook