Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO)

Friday, April 22, 2016


Assalamualaikum wbt


Entry tertunda lagi.  Oklah buat ingatan bersama-sama.  Ingat entry akak sambil-menyelam-minum-air , akak kan masa minggu tu terkejar-kejar menyelesaikan tugasan. Salah satu daripada program yang kami kejarkan ialah menghadirkan diri ke Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2016 yang diadakan di Perda City Mall Bukit Mertajam pada 1 hingga 3 April 2016 yang lepas. Hadir untuk menyokong penyertaan abang Irfan dan kawan-kawan sekolahnya. 

MIYIO ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin dan beberapa beberapa institusi lain.  Ianya disertai oleh sekolah-sekolah berasrama penuh dan MRSM serta juga sekolah-sekolah antarabangsa daripada Filipina, Thailand, Turmenistan dan Kyrgyzstan. Program 3 hari ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat saintis muda di sekolah-sekolah berasrama penuh dan program ini juga merupakan salah satu platform perkongsian idea dalam pembangunan sains dan kejuruteraan pelajar.

Tahun ini merupakan penyertaan pertama abang Irfan. Alhamdulillah projek yang diusahakan bersama rakan-rakan telah berjaya memenangi beberapa anugerah Emas dan Perak. Projek yang abang Irfan bentangkan berjaya mendapat hadiah perak, projek berkaitan dengan mencipta baju kalis peluru menggunakan bahan `eco-friendly'. Manakala projek yang dibuat bersama-sama rakan sekelas berjaya mendapat anugerah emas iaitu projek penghasilan kaedah semulajadi mengatasi masalah selsema/asma. Kalau ada rezeki tahun depan boleh lah ke peringkat yang lebih jauh lagi. Ibu ayah doakan yang terbaik...dan bersiap sedialah poket bagi tebal sikit.

Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO)

Berbaloi lah berbulan-bulan bersengkang mata memerah idea untuk menghasilkan projek mereka. Manalah tahu boleh diketengahkan ke peringkat lain pulak.  Terima kasih juga pada cikgu-cikgu yang membantu dan sokongan pihak sekolah dan rakan -rakan.

Kami yang memang keletihan pun dapat jugak lah meraikan kejayaan anak-anak ini walaupun tak sempat mengikuti pembentangan projek mereka sepenuhnya. Yang penting kehadiran kita menyokong aktiviti mereka ....

You Might Also Like

2 comments

  1. hyeee..salam jumaat :D akhirnya dapat juga Syira Lokman blogwalking sekejappp ! saja jenjalan tengok entry baru tuan blog and nak doakan supaya berjaya dunia akhirat ye :) tulis yg baik2 oke ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas kunjungan , nanti akak gi sana yer..

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook