Kenalpasti Tanda-tanda Awal Strok Haba
Assalamualaikum wbt
Cuaca panas masih berlarutan sampai hari ini. Semalam sekolah di beberapa daerah di Pahang dan negeri Perlis terpaksa diarah tutup untuk anak-anak. Memang panas sangat di utara ni. Rumah akak pun boleh dikatakan waktu pagi sahaja tidak on air cond. Sebaik sahaja anak-anak balik sekolah memang berebut dok dalam bilik air cond. Bila hari Ahad akak pi ambil kak afiah balik sekolah, kesian tengok anak-anak yang menunggu bas atau kenderaan balik. Berpeluh-peluh dengan beg di bahu, di tangan.
Hari ni pulak air cond kat ofis akak buat hal. Tak sejuk. Aduh!!...pagi-pagi dah berasap rasa. Jangan sampai sakit kepala lagi sudah!! Pagi-pagi akak dah antar email dan wasap ke group yang berkaitan supaya ambil tindakan segera. Kalau tak....masaklah kami tunggu sampai petang...
Kena hati-hati juga supaya tidak sampai terkena stroke haba. Pastikan banyk minum air. Pesan juga pada anak-anak. Adik Wan jenuh jugak nak suruh minum banyak air. Naluri anak-anak memang suka bermain, asal petang ajer nak keluar main dengan kawan-kawan. Kenalah pastikan bekas air diletak diluar rumah bila dia keluar bermain. Barulah rajin nak minum air selalu..
Jaga kesihatan yer semua...
2 Comments
Risau dgn keadaan cuaca skrg...Nauzubillah
ReplyDeletekena sentiasa prihatin kesihatan diri dan keluarga
Delete