Ikan Parang Goreng Asam Resepi Mudah Senang Disediakan

Tuesday, April 05, 2016


Assalamualaikum wbt

Ikan Parang Goreng Asam

2 ketul ikan parang
1 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
beberapa hirisan halia
2-3 biji cili padi
1 sude pes asam jawa
minyak 
serbuk kunyit

Ikan gaul garam dan kunyit, goreng dahulu. Jangan terlalu garing.  Dah masak ketepikan.  Bawang holland dipotong bulat. Bawang putih hiris nipis, halia diracik.  Campurkan pes asam jawam bersama semangkuk air. Boleh juga guna asam jawa biasa. 


Ikan Parang Goreng Asam Resepi Mudah Senang Disediakan


Panaskan sesudu besar minyak. Tumiskan bawang, halia, bawang holland dan cili padi sampai agak layu.  Masukkan air asam jawa tadi dan sedikit serbuk kunyit. Biarkan mendidih. Rasalah masin, masamnya. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Biarkan beberapa ketika supaya ikan dan kuah menjadi mesra.

Dah siap lauk Ikan Parang Goreng Asam. Ada yang suka masukkan taucu. 

Siapa yang tengok status akak di insta dan fb, inilah lauk legend kegemaran akak masa kecik-kecik dulu. Sekarang pun suka juga. Tak semestinya guna ikan parang, boleh juga guna ikan kembung atau pecahkan telur di dalamnya.  Sesekali masak ikut selera kita masa anak-anak. 

Ikan parang ni di utara agak susah juga nak dapat. Kalau beli tak boleh beli separuh-separuh, kena beli seekor sekali. Jarang sekali penjual nak potong separuh-separuh, nanti takde orang nak beli katanya. Oleh kerana dah beli seekor kenalah kreatif untuk mempelbagaikan masakan. Biasanya seekor, akak boleh buat masak asam pedas, goreng dan satu lagi masakan lain. Ikan parang ni banyak juga tulangnya, tapi rasa isinya memang sedap.

Siapa yang tercari-cari menu dinner nanti, bolehlah masak goreng asam, guna ikan kembung ajer pun sedap!!

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook