Assalamualaikum wbt

Dah lama akak tak  review blogger ni.  Ni pun dah kira terlambat buat..
Kali ni kita ke Pantai Timur kejap bersama blogger Izzati Suhaide.  Blogger muda, comel ni bercita-cita mahu menjadi pakar motivasi. Mempunyai penulisan yang menarik sesuai dengan genre yang dibawa beliau..berbicara dari hati. Kadang-kadang tersentuh juga dengan luahan rasa adik manis ni di blog. 

blogger pantai timur berbicara dari hati, blogger review



Menjadikan Ben Ashaari sebagai idola beliau dalam dunia blogger, izzati berjanji akan sentiasa berusaha memperbaiki gaya penulisan beliau setara dengan konsep yang di bawa. Yang penting menurut beliau ialah sentiasa pandang ke hadapan walaupun pelbagai cubaan mendatang dan jangan sesekali mudah berputus asa.  Melibatkan diri sebagai blogger bermula tahun 2010, mengatakan entry berkaitan hati dan perasaan adalah merupakan kekuatan blog beliau. 

Blogger muda ini juga, selain menulis, telah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Bertemakan pakaian muslimah, nampaknya usaha  beliau telah mula mendapat sambutan. Peminat warna pink, ungu dan hijau ini juga suka menonton kisah/movie romantik, komedi dan fantasi. Beliau berharap apa yang disampaikan dapat diterima oleh pembaca dan impian beliau agar blog beliau ini sentiasa dikunjungi.

blogger pantai timur berbicara dari hati, blogger review


Sikit-sikit dah la....kalau korang nak tau lebih lanjut tentang si cantik manis ni, jom terjah blog beliau.

Blog: Izatie91.blogspot.com
ig: zatiesuhaide
fb page : coretan izzatie suhaide


Akak doakan izzati terus success dan berjaya juga dengan business barunya.


4 Comments