Bila Sakit Kepala Menyerang

Monday, April 11, 2016


Assalamualaikum wbt


Menjelang pertengahan bulan, memang waktu yang agak mengerikan bagi akak. Bukan mengerikan sebab takut..tapi lebih kepada susah hati ketika tiba hari-hari terakhir sebelum tutup report bulanan tugas di pejabat.

Huhu...biasa orang tutup report setiap end of month tapi akak ni pelik sikit, ada 2 report yang terlibat, tarikh tutup setiap 7hb dan 15 hb.  Kalau dah memang berada dalam kategori CAPAI...legalah...tapi bila atas sempadan atau hampir-hampir nak capai tu yang susah hati. Puas kejar team member untuk pastikan cepat dapat feedback daripada team lain.  Macam ni setiap bulan....

Biasanya pada masa-masa begini, minyak Yu Yee la yang jadi peneman.  Bila rasa kepala macam berpusing ajer, cepat-cepat sapukan di kepala. Baunya yang wangi limau tu cepat dapat legakan sakit kepala. Lambat bertindak nanti melarat-larat pulak sampai ke rumah. Kalau boleh elakkan stress tugas di pejabat di bawa balik ke rumah. Kat rumah nanti ada tugasan lain pulak untuk keluarga..


bila sakit kepala menyerang, minyak yu yee cap limau


Untuk kelegaan sakit kepala atau pening-pening yang segera, pastikan simpan satu botol kecil minyak Yu Yee ni dalam handbag. Tak beratpun. Botolnya kecil ajer senang disimpan. Bukan kita sahaja boleh guna, malah seisi keluarga....

You Might Also Like

6 comments

  1. Ingat minyak yuyi ni ingat bila ada baby kecik.. kembung perut tika malam2.. boleh jg utk legakan pening kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu-dulu pun sama ingat yu yee ingat baby

      Delete
  2. kalau saya kak sakit kepala tak jalan dah minyak ke apa ke,ubat dia tido je la huuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat opis tak boleh le nak melena, kalau kat rumah tu dah selamat pejam mata dah...

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook