Belajar Berkomunikasi Cara Remaja

Friday, April 15, 2016


Assalamualaikum wbt


Bila anak-anak meningkat remaja, ibu ayah pun kena berusaha mendalami jiwa remaja.  Remaja zaman akak agak jauh bezanya dengan remaja masa kini.  Kadang-kadang sukar untuk memahami diri mereka. Ada masa mereka begitu mengikut kata dan ada ketikanya anak-anak ini menunjukkan sikap berlawanan. Ibu ayah kena rajin jugalah mencari ilmu mendalami jiwa remaja ini.

Apa yang dapat akak lihat, mereka sedang mengalami fasa perubahan dalaman yang melibatkan hormon-hormon menuju ke alam dewasa. Mereka ini juga merasakan mereka diberi tanggungjawap yang lebih berbanding dengan masa mereka kanak-kanak. Sikap ego juga mula bercambah dalam diri dan persaingan antara rakan juga kerap dapat dilihat. Kadang-kadang ada remaja yang merasakan diri mereka sudah cukup matang untuk bersuara dan bebas menentukan hala tuju diri sehingga sering berdebat dengan ibu bapa. Di sinilah peranan ibu bapa menjadi sangat penting supaya anak remaja ini tidak merasakan diri mereka tidak diendahkan.  Akak pun kadang-kadang mengalami situasi ini. Al maklum masa kita dibesarkan dengan masakini berbeza. Cara pendidikan secara kuku besi sudah tidak relevan lagi untuk anak-anak sekarang.

Apa yang akak ajar diri akak untuk lakukan ialah cuba menjadi kawan pada anak-anak ini.  Remaja suka berkongsi kisah dengan rakan-rakan. Seboleh mungkin , kami cuba jadi rakan berkongsi cerita suka duka dengan anak-anak. Cara ini menggalakkan mereka bercerita. Bila bercerita, anak-anak akan terasa mesra dengan ibu bapa dan secara tidak langsung mengurangkan jarak di antara anak dan keluarga. Biarlah mereka mengeluarkan pendapat mereka bila berbual sesuatu topik.

Biarkan anak-anak ini bersosial tetapi dengan pemantauan. Bagi ruang untuk mereka melakukan aktiviti dengan kawan-kawan terutama aktiviti yang menjadi minat mereka. Misalnya, anak akak suka tengok drama korea, membaca novel...akak tidak menghalang tapi ada peraturannya. Kadang-kadang duduk sama-sama mereka menonton atau belikan novel-novel yang mereka suka. Lepas tu kami berkongsi cerita. 

Biarpun cara komunikasi sekarang telah semakin canggih, tapi akak dan hubby masih bersependapat untuk tidak membelikan anak-anak handphone sendiri atau pun personal pc. Kalau mereka nak guna handphone atau pc, mereka boleh sahaya menggunakan handphone kami. Bukan menyekat tetapi biarlah mereka tidak terlalu leka dengan gadget-gadget ini. Belum masanya lagi membekalkan mereka dengan alat-alat ini. Setakat ini tiada yang memberontak tentang perkara ini dan mereka juga faham apa yang perlu mereka lakukan. 

Jiwa remaja ni berbeza dengan jiwa kanak-kanak. Remaja mula perlukan perhatian lebih dan belaian yang lebih. Selalunya masa remaja lah kita dengar kisah-kisah `cinta monyet' masa sekolah. Namun sebagai ibu bapa, perlunya kita selalu memperingatkan anak-anak ini dan sama-sama mendalami ilmu agama supaya ianya menjadi benteng dalam setiap perlakuan. 

Membesarkan anak bukanlah perkara mudah. Nampak senang tapi dugaan dan cabaran memang hebat. Selalulah beristiqamah supaya apa juga tindakan yang diambil adalah yang terbaik untuk semua. 

belajar berkomunikasi cara remaja, bonding time


Hujung minggu ni, anak-anak semua ada. Sedang plan apa aktiviti sesuai untuk kami buat sama-sama nanti. Week end is our bonding time.......

You Might Also Like

3 comments

  1. Minggu ni tak dapat nak berjimba-jimba dengan family sebab ada tugasan luar.

    ReplyDelete
  2. Selamat berhujung minggu bersama anak-anak yer ^-^

    ReplyDelete
  3. cabara dulu dan skrg dah berubah ye tak, bahaya pun datang dari sumber yang berlainan, 15 tahun lepas orang tak terfikir yang sebijik phone boleh mempengaruhi pemikiran dgn bgitu hebat

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook