Apa Perlu Buat Bila Kereta Rosak Tengah Jalan

Friday, April 29, 2016


Tips Ketika Kereta Rosak

Assalamualaikum wbt.  Apa perasaan korang bila kereta tiba-tiba mati enjin kat depan traffic light? Berkali-kali cuba tetap tak boleh start jugak. Siapa pernah alami? Biasanya bila memandu dan nampak situasi begini, dalam hati mesti kata kesiannya orang tu, kereta rosak tengah jalan....tapi teruskan jugak pemanduan. Takkan akak nak berhenti pulak bila memandu sendiri. Tapi biasanya kalau di laluan pergi balik kerja, nanti bila sampai kat plaza tol akak bagitau juruwang kat situ ada kereta rosak kat tepi highway. Sekurang-kurangnya bagi alert kat diaorang.

Tiga hari lepas, akak baru mengalami situasi ini.  Pucat, panik jugak sebab sorang-sorang dalam kereta dan merupakan pengalaman pertama kereta rosak tengah jalan ni. Call en suami, kelam kabut jugak lah jadinya sebab masing-masing tak jangka nak jadi. Dalam 5 minit jugaklah akak cuba fikir apa yang patut akak buat . Tambahan pulak waktu puncak orang ke tempat kerja. Mujur juga akan sempat halakan kereta ke jalan yang kurang kenderaan lalu, kalau tidak mesti pagi tu kereta akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Satu situasi yang kalau boleh nak elak ketika memandu bersendirian.

Apa Perlu Buat Bila Kereta Rosak Tengah Jalan,Tips Ketika Kereta Rosak

Kereta dah tolak tepi jalan. Mujur ada 3 orang abam sado yang datang membantu. Dalam kalut-kalut tak sempat nak ucap terima kasih pada salah seorangnya.

Apa perlu buat ?

Akak kongsi dengan korang apa yang perlu korang buat dan tahu bila kereta tiba-tiba rosak di tengah jalan. 

1. Kurangkan rasa panik. Rasa panik mesti ada tapi korang boleh kurangkan dengan menarik nafas dan rilekskan diri.  
2. Ambil handphone dan hubungi keluarga atau rakan-rakan yang korang rasa boleh membantu pada waktu itu. Orang yang pertama akak hubungi dah tentulah suami akak. Maklumkan tentang situasi ketika itu dan tanya apa perlu buat. Kemudian, akak hubungi kawan pejabat akak yang terdekat. Oleh kerana berlaku tidak jauh daripada lokasi pejabat, agak mudah sikit nak minta bantuan.
3. Pindahkan kenderaan ke tempat yang lebih selamat dan tidak mengganggu lalulintas.  Cuba dapatkan bantuan untuk tolak kenderaan ke tepi.
4. Hubungi mekanik yang biasa kenali, dapatkan nasihat lanjut. Yang ini akak serahkan pada en suami. 

Apa yang perlu anda tahu ketika kenderaan rosak?

Oleh kerana kereta akak dah memang tak boleh nak hidupkan enjin maka perlulah gunakan khidmat tow truck. Masa ni yang akak dah mula buat kira-kira ringkas berapa ringgit malaysia yang akan hangus untuk baiki kereta ni nanti.  Tiba-tiba teringatkan tol free syarikat insuran. Ha....pada anda yang tak tahu, sebenarnya syarikat insuran menyediakan khidmat `towing' kenderaan daripada tempat rosak ke bengkel pembaikan. Selamat sekurang-kurangnya 2-3 ratus jugak. Jadi pastikan anda tau tol free number syarikat insuran anda.

Apa Perlu Buat Bila Kereta Rosak Tengah Jalan,Tips Ketika Kereta Rosak

Dah lama guna, sesekali dia nak bermanja jugak...


Kos pembaikan juga boleh anda kurangkan kalau anda boleh usaha untuk membeli sendiri sparepart gantian yang diperlukan. Bukan jimat sikit yer...banyak jugak yang boleh dijimatkan tapi kenalah dapatkan info apa yang perlu dibeli daripada mekanik anda dahulu.

Harap perkongsian yang sedikit ini boleh membantu anda sekiranya mengalami situasi yang sama.


You Might Also Like

3 comments

  1. Alhamdulillah sejak-sejak pakai kereta ,belajar la sikit2 pasal kereta secara basicnya,pernah juga keta buat hal tgh jalan setakat ni Alhamdulillah boleh handle,selalu pun call suami and personal mekanik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, sikit sebanyak memang nak kena tahu jugak pasal kereta ni.

      Delete
  2. kalau kereta rosak dekat2 rumah...bolehlah terus call insuran.insuran pun cover dlm area 25 km sahaja...

    pengalaman saya dah 4 kali kereta rosak,kereta sendiri dan naik kereta kawan2...yg terbaru,kereta xleh start di melaka....nak tow ke kl anggaran rm700 ,mungkin lebih.belum lagi kos nanti kene “ketuk" ngan workshop...beribu2 lemon duit melayang.kereta xleh tinggal kat melaka,apa2 pun kene bawak balik kl gak malam tu,atas sebab2 tertentu.waktu tu malam pukul 8 lebih...waktu bergerak pantas...kene cepat2 formulakan apa yg perlu dibuat,plan A plan B....

    saya mcm agak kereta tu bukan rosak teruk,cuma acah2 rosak,something wrong with the computer system, so saya usahakan carik pomen in call yg 24 hours...nak dekat sejam menggoogle dan call hampir 8 no...akhirnya dpt pomen.tunggu 45 min pomen sampai...check2 cakap alternator problem mcm x caj...dia kata kereta boleh gerak tapi mungkin x lama..atas keyakinan yg kereta tu sebenarnya x rosak(cuma hang je lah mcm konsep komputer hang),sbb mmg maintain servis semua check selalu,kami pun bergerak bawak kereta perlahan2,tak pasang aircond dan radio,sbb taknak melasak kereta...no plus,plusronda mmg kene standby,alhamdulliah 3 jam bawak kereta sampai kl...esok kereta boleh start mcm biasa...x rosak apa pun,takde tulis error itu ini pelbagai..

    ada sekali...kereta kawan x bleh start di parking midvalley,masatu malam balik midnite movie,hampir jam 3 pagi.kami carik teksi nak balik sampai kene kejar2 anjing...zaman tu takde grabar..hehehee.kami tinggalkan kereta di sana...esoknya kami dtg....kereta boleh start...takde problem...ni kereta myvi

    pokoknya mmg jgn panik,dan selesaikan secepat mungkin especially kalau waktu malam....kalau berseorangan stay safe,saya nak rekemen website ni www.masauto.com.my ....mereka ada agen workshop dan pomen diseluruh negeri,juga ada servis 24 jam untuk kereta rosak..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook