Yang Lama Dilupa Jangan

Wednesday, March 02, 2016


Assalamualaikum wbt


Kalau korang nak tahu satu ketika dulu akak sangat suka menyimpan resepi-resepi masakan yang nampak macam sedap.  Tak kiralah kuih, lauk pauk, kek dan sebagainya. Asal nampak sedap, akak ambil. Tapi dulu nak simpan resepi samada salin semula dalam buku atau gunting daripada majalah-majalah dan tampal dalam buku khas untuk simpan resepi.

Tapi sekarang semua dah berubah ikut perubahan masa. Masih lagi dengan hobi yang sama tapi cara yang berbeza.  Sekarang ni samada simpan dalam bentuk gambar atau share ajer kat wall fb. Bila ada masa boleh belek. Rasanya kalau pergi kat wall fb akak memang berpuluh-puluh resepi yang akak share tapi sangat sedikit cuba membuatnya. Hehehe....

Hari tu masa sembang dalam group wasap sekolah, ada kawan akak yang share resepi asam pedas melaka cara masakan orang lama. Kawan akak share salinan resepi yang mak dia sendiri tulis tangan. Memang kagum akak tengok, begitu teliti dan cantik tersusun tulisan tangannya. Seni orang dulu-dulu.

Yang lama dilupa jangan, resepi asam pedas melaka


Kalau korang nak cuba masakan asam pedas melaka orang lama, ambil lah resepi ni, akak dah minta izin daripada tuannya untuk share. Kalau ikut betul memang best!! Korang tengok warna kertas tupun dah boleh agak berapa lama resepi asal ni tersimpan. 


You Might Also Like

2 comments

  1. haaa...pernah tengok resipi yang legend macam ni milik arwah mak dan kini disimpan oleh kakak sulong....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zi nak kena simpan buku resepi tulis tangan nanti la ...tiba masa anak2 membesar nanti buku tu pun jadi legend

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook