Tips Menghadapi Musim Panas

Thursday, March 17, 2016


Assalamualaikum wbt

Panas sangat sekarang ni.  Kat rumah pun dah on air con hampir 24 jam.  Kat opis pulak masih lagi dengan catuan air con di waktu lunch. Sengsara tau sejam tanpa aircon, dah lah takde kipas.  Langkah penjimatan tak kena tempat. Keluar cari nasi, masuk ofis memang berasap!!

Kat utara ni memang cuaca panas sangat-sangat. Bila dengar guruh atau mendung macam nak hujan,bukan suka hati lagi. Tapi selalunya tak jadi hujan pun. Weekend baru ni ke KL, best rasa bila kat sana asal petang sajer hujan. Betulll...akak rindu kat hujan!!

Pokok-pokok dah mula mengering kalau tak disiram setiap hari.  Gejala demam pun berlarutan juga. Minggu lepas adik wan demam, semalam dah melarat kat abang irfan pulak. Harap-harap tak berlarutan pada yang lain-lain. Cuti sekolah pun dah tinggal tak berapa hari lagi ni. 

Adik wan pun kejap-kejap pergi buka pintu peti ais, bagi sejuk katanya. Hmm...jangan merajuk peti ais tu nanti sudahlah.  Bil letrik pun bulan ni boleh jadi bertambah-tambah ni. Peringatan juga untuk semua supaya sentiasa buat simpanan air yang mencukupi. Musim panas ni, kebarangkalian bekalan air terputus tu ada. Sediakan payung sebelum hujan!


tips menghadapi musim panas

Tips Musim Panas

Beberapa tips yang dikongsi oleh KKM untuk rujukan dan panduan kita bersama.  Pastikan bekalan air dalam badan juga mencukupi.  Jangan lah banyak sangat aktiviti kat luar rumah. Pakailah pakaian yang bersesuaian dengan cuaca sekarang ni. Kalau anak-anak nak mandi 2,3 kali sehari pun biarkan lah....panas... Adik wan pun kadang-kadang tidur malam tak pakai baju tapi akak tak lah biarkan sampai pagi. Agak-agak dah sejuk sikit, cepat-cepat pakaikan semula baju, tak elok juga tidur tak berbaju untuk anak-anak kecil. 

Lama lagi ni nak mengadap musim panas ni.  Moga kita sama-sama menjaga kesihatan diri dan keluarga. Jangan jadikan cuaca sekarang ini sebagai penghalang untuk kita bergerak cerga dan kekal sihat.

You Might Also Like

2 comments

  1. kan..pns sgt tau skrg, shaz on aircond 24jam.. dah lah bf baby. Mmg kering tekak

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook