Terputus Hubungan 9 Jam

Thursday, March 31, 2016


Assalamualaikum wbt

Budak sekolah kat Kedah cuti lagi hari ni.  Adik wan siap bisik kat telinga ayah malam tadi....ayah esok adik cuti tau!! Hahaha.....bukan main seronok lagi bila bagitau cuti. Simpan terus kerja sekolah sebab cuti panjang ni sambung dengan week end lagi.

Bertabahlah akak siap-siap nak pergi ofis sambil tengok anak-anak sambung tidor lagi.  Sekuali nasi goreng daging bekalan untuk anak-anak dan ayahnya. Bersiap pun lenggang kangkung ajer, maklumlah tak perlu bekejaran nak hantar budak ke sekolah.  Dah lebih daripada separuh perjalanan....huaaaaa....akak tertinggal handphone kat rumah. Aduhhh...putus hubungan!! Nak patah balik memang masih sempat tapi bila memikirkan duit tol yang akak nak kena keluarkan akan jadi 2 kali ganda daripada selalu....lupakan saja lah. Biarlah hp tu kat rumah. Meriahlah anak-anak ber youtube dan ber fb dengan gadget akak hari ni!!


Terputus Hubungan 9 Jam

Hmmm...apa sangatlah 9 jam tanpa handphone kan????.....

You Might Also Like

2 comments

  1. hehe.. wassap takde, blog kan ada. hahaha. Yang pasti rasa gelisah tanpa hp tu tetap ada kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog sekali bukak orang belakang nampak..hp kecik jer hahaha

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook