Semuanya Ada Di Philips Experience Store

Wednesday, March 30, 2016


Assalamualaikum wbt

Philips Penang Experience Store

Dah lama tak shopping gadget-gadget baru untuk rumah. Sebelum shopping kena survey dulu kat mana yang sesuai selain daripada harga yang menarik.  Tambahan akak  hanya free hari sabtu ajer setiap minggu, kalau hari lain memang terkejar sana sini. Bila kesempatan masa agak terhad, akak akan pastikan gadget yang sesuai dengan cara akak dan mudah untuk digunakan. Satu lagi yang penting, barangnya jangan besar jangan kecil, senang nak simpan dalam rumah comel akak tu.



Jumaat lepas, sempat ambik cuti half day dengan blogger CahayaHayati sebab nak pergi survey barang kat Philips Penang Experience Store. Kedai ni baru dibuka Februari 2016 yang lepas dan merupakan satu-satunya kedai barangan Philips di luar Lembah Kelang.   Siapa yang tak kenal dengan jenama Philips kan?...Konsep yang dibawa oleh Philips Experience Store ini adalah semua produk di bawah satu bumbung.  

Tarikan Di Philips Penang Experince Store

Yang menariknya di sini, semua barangan jenama Philips dari sekecil-kecil barang sampai secanggih-canggih barang ada. Korang boleh jumpa barangan keperluan rumah yang memang memenuhi citarasa samada golongan surirumah, yang berkeluarga malah ada juga untuk anak-anak kecil. Biasanya ada juga jenama ini dijual di mana-mana kedai perkakasan dan keperluan rumah tapi barangannya terhad sebab bercampur-campur dengan jenama yang lain. Akak rasa seronok pulak survey barang kat sini sebab semuanya ada, yang tak berapa nak ada duit jer. Sambil tengok barang bolehlah korang bayangkan penggunaannya.

Philips Experience Store


Korang tengoklah gambar-gambar yang sempat akak snap. Macam-macam ada. Ambil gambar sebab nanti senang nak rujuk semula. Pesanan untuk diri sendiri - sila penuhkan tabung anda! Hmmm..sabar lah yer...

Philips Experience Store

Untuk anak-anak pelbagai pilihan produk Avent dijual. Ibu pilih yang mana berkenan di hati.


Philips Experience Store

Bagi yang mementingkan kecantikan, pilih mana yang sesuai dengan keperluan anda.

Philips Experience Store

Macam-macam warna ada.

Philips Experience Store

Lagi untuk kecantikan

Philips Experience Store

Bahagian ni yang akak suka walaupun dah ada macam-macam saiz blender ada kat rumah.

Philips Experience Store

Airfryer - menarik ni boleh menggoreng tanpa minyak.  Boleh masuk dalam wishlist ni..

Memang tak sedar dah berada di kedai berjam-jam , leka membelek barang-barang yang ada.  Sempat juga sambar gadget tambahan kat rumah. Belum test guna lagi.

Philips Experience Store


Lokasi Philips Experience Store

Nak cari lokasi kedai ni tak susah. Landmarknya korang cari sahaja Genius Aulad Bayan Baru. Philips Experience Store betul-betul bersebelahan dengan pintu masuk GA. Waktu operasi kedai ni ialah daripada hari Isnin sampailah ke hari Sabtu. Tutup pada hari Ahad.



       Isnin - Jumaat  10am - 7pm, 
    Sabtu 10am - 2pm 
       Tutup Ahad 


Alamat:   Philips Experience Store
              Blok 2-G-2A Quartermile,
  Solok Mayang Pasir, Bayan Baru,
  11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang.


Pada yang baru pindah masuk rumah baru atau yang sedang bercadang-cadang untuk membeli keperluan rumah, terutama yang berada di utara, boleh cuba datang ke Philips Experience Store ini.  Anda pasti `leka' dengan pilihan yang ada dengan harga berpatutan.

Beli sekarang dan dapatkan tawaran 10% ke  atas setiap pembelian.





You Might Also Like

10 comments

  1. Kalau pergi tempat macam ni, mesti ada je barang yang akan jadi wishlist.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...teruja dengan benda-benda yang memudahkan kerja harian

      Delete
  2. Airfryer tu mcm best je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba google cara guna dia....lagi teruja

      Delete
  3. Wah banyak juga barangan jenama ni ya..semoga lepas ni lebih ramai yg mempercayai produk Philips

    ReplyDelete
    Replies
    1. philips jenama yang dah lama bertapak

      Delete
  4. Philips sememangnya jenama yang terpilih dan sentiasa berada di tangga teratas.. Syabas..

    ReplyDelete
  5. Wahhh...banyak nye..memang best shopping barangan letrik ni...hehe

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook