Assalamualaikum wbt

Anak-anak dah mula bersekolah semula selepas 2 hari bercuti. Masing-masing liatlah nak pergi sekolah kecuali amira. Itupun sebab hari ni ada kem kepimpinan sambil jalan-jalan pihak sekolah bawa.  Esok Kedah dah cuti semula...

Hujung minggu lepas, angan-angan nak berkelah di tepi sungai tapi tak kesampaian sebab banyak sangat agenda yang nak kena buat.  Budak kecik ni je la yang dapat berendam puas-puas dalam air sungai. Sungai Sedim ni memang terkenal sebagai salah satu pusat rekreasi dan berkelah. Tapi akak tak pergi tempat berkelah tu. Bahagian ni adalah di hadapan rumah kawan en hubby di sana. Untunglah rumah dekat dengan sungai. Sejuk jer rasa walaupun cuaca sikit punye panas.

sejukkan badan sebentar, sungai sedim


Serius!! Akak geram jer tengok air sungai ni, tambah-tambah bila tengok adik wan melompat-lompat dalam tu....tunggu la...bila family complete set balik memang akak datang lagi. Datang sambil buat kerja ni boleh layan sekejap saja lah. Lepas ni kena siap-siap dengan bekalan makanan yang cukup. 

sejukkan badan sebentar, sungai sedim


Lepas selesai semua urusan kat sini, baru terasa perut lapar. Dah menghampiri jam 2 petang dah rupanya masa tu.  Nak cari gerai nasi memang takde la, yang ada gerai jual laksa. Laksa pun laksa la. Laksa kampung ni sedap. Sambil tu makan rojak buah ni pulak. Sepinggan RM2 yer. Melantak puas-puas! Rasa macam tak cukup bila berebut-rebut dengan adik wan...


sejukkan badan sebentar, sungai sedim


Dah kenyang jom balik...cukuplah dapat sejukkan kejap badan.....

7 Comments

  1. Musim panas ni memang heaven berendam dalam sungai macam tuuuu..arghhh~ nak mandi sungai jugak!

    ReplyDelete
  2. syoknya berendam dalam sungai time panas lit lit ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ana....rasa macam tiap2 minggu nak berendam dalam sungai

      Delete
  3. seronoklah dik wan dapat terjun sungai.

    ReplyDelete