Sejuk Nyaman di Taman Eko Rimba KL

Friday, March 18, 2016


Assalamualaikum wbt

Ada sehari dua lagi sebelum cuti sekolah berakhir. Menjadi kebiasaan, bila anak-anak cuti sekolah, mak ayah pun ambil peluang bercuti juga.  Akak dah selesai cuti, dah masuk kerja semula. Pening mengadap kerja yang tertinggal.

Untuk korang yang masih bercuti dan berada di Kota Raya Kuala Lumpur, apa kata singgah sebentar di Taman Eko Rimba KL ni.  Taman Eko Rimba KL ni sebelumnya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Nanas, di mana ianya merupakan satu-satunya hutan hujan tropika yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.  Ianya juga berhampiran dengan Menara Kuala Lumpur. Di dalam taman ini terdapat satu jambatan gantung sepanjang 200 meter yang boleh dilalui oleh pengunjung sambil menikmati suasana hutan.


sejuk nyaman di taman eko rimba kl, menara kuala lumpur


Taman ini telah dibuka kepada orang ramai. Korang boleh meneroka keindahan alam semulajadi di sini dan seterusnya boleh juga menikmati keindahan dari Pelantar Pemandangan Menara Kuala Lumpur. Pemandu pelancong terlatih disediakan untuk korang yang nak meneroka Taman Eko Rimba ni.  Tapi bukan boleh masuk sesuka hati korang je yer. Taman Eko Rimba ini ada 4 masa lawatan yang telah dijadualkan iaitu pada jam 10 pagi, 12 tengahari, 2 petang dan 4 petang. Bagi yang berminat boleh pilih ikut kesuaian masa dan boleh berkumpul di Panggung Mini Menara Kuala Lumpur. Nanti ada jurupandu yang membantu.

Untuk maklumat lanjut, kepada yang berminat bolehlah hubungi talian 03-20205444 atau layari www.menarakl.com.my untuk maklumat lanjut.

Akak pun teringin jugak ke sini nanti. Agak-agak staff boleh dapat tiket diskaun tak?.....


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2020 5444 dan layari www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl.

You Might Also Like

4 comments

  1. baru tahu pasal taman eko rimba kuala lumpur ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tahu nanti boleh pergi..mesti cantik buat photoshoot

      Delete
  2. kalau tiket murah boleh la pergi kak..nak naik Menara KL pun mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali belanja diri sendiri dan anak2 menikmati keindahan alam boleh lah SA

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook