Sama Tapi Tak Serupa

Thursday, March 10, 2016


Assalamualaikum wbt

Dua anak teruna akak ni dah makin membesar. Hari tu en hubby belek-belek album lama terjumpa gambar abang irfan masa seusia adik wan.  Secara kebetulan pada masa tu si adik pakai baju yang sama macam abang.  Jadilah sesi begini....

sama tapi tak serupa

Seiras tapi tak sama

Tunjukkan gambar ni pada mereka, ketawa masing-masing tengok.  Akak pun ketawa besar bila en hubby wasap kan gambar ni. Dah nama adik dan abang kan?... Baju tu memang akak simpan lama tu, menghampiri 10-11 tahun.  Akak memang suka simpan baju budak-budak ni yang pada hemat akak boleh di recycle semula.  Sekarang ni pun kalau ada baju-baju yang elok dan masih boleh dipakai akak simpan dan pas pulak pada cucu-cucu sedara yang dah semakin ramai.  Jimat sikit nak beli baju budak-budak ni. Harga baju diaorang mengalahkan baju orang dewasa.  Baju abang irfan simpan untuk adik wan manakala baju kakak afiah simpan untuk kak amira. Baju amira dan dik wan...akak pas kat cucu-cucu ataupun sedekah pada sesiapa yang memerlukan. 

Sekarang ni dalam proses mengumpulkan gambar-gambar lama. Seronok tengok sambil teringat-ingat kenangan lalu.  



You Might Also Like

1 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook