Assalamualaikum wbt

Dah berbulan-bulan rasanya 3 resepi ni mendapat tempat teratas pada pengunjung blog akak ni.  Ramai yang cari resepi yang mudah disediakan. Akak harap korang dapat manfaat follow resepi akak ni.  

Akak pun dah lama tak memasak ketiga-tiga juadah ini.  Kena cari labu, boleh lah nanti buat lepat labu lagi.  Selain daripada tu boleh juga buat pengat atau orang utara panggil serawa.  Apa lagi boleh buat dengan labu?  Untuk lauk kadang-kadang akak masak lemak bayam dengan labu.  

Udang kalau nak buat kari, carilah udang-udang yang sederhana besar. Lauk kegemaran anak-anak ni, tak kiralah kari apapun.  Anak penanglah katakan!!!

Selain daripada kari udang, sambal udangpun memang biasa jadi menu akak sekeluarga. Kadang-kadang masuk petai, kadang-kadang tak. Kalau masuk petai memang sangat sedap!!  Biasanya petai kami masak dengan membuang kulit dan selaput putih yang ada di mata petai itu. Kata orang kalau buang kulit, kurang sikit baunya.  Tak pasti pulak akak akan kebenarannya sebab tak berapa suka makan. Kalau makan pun setakat 2,3 biji mata petai aje.

resepi mudah kat sini

Pada korang yang mencari resepi mudah-mudah kat blog akak ni, cari di bawah label resepi. Akak memang share yang mudah-mudah saje.

Selamat mencuba !!

4 Comments

  1. semua orang suka google skrang kan kak? kalau saya nak tahu something pun sy google dan baca blog...banyak info boleh dapat..

    salam kenal dari IQ..=)

    ReplyDelete
  2. yang mudah tu yang orang cari kan kak...

    ReplyDelete
  3. Udang sentiasa ada dalam peti sejuk tapi udang adalah menu terakhir yang akan saya masak sekiranya itu je yang ada sebab tak semua anak2 saya makan udang.. eemm..

    ReplyDelete
  4. tahniah azie, kipidap berkongsi yang best kan :)

    ReplyDelete